Thursday, May 26, 2011

HDR Tutorial, mari cuba

sejujurnya pertama kali aku dengar istilah HDR ni adalah tahun lepas tetapi bulan berapa aku sudah lupa. barangkali aku ada terminum air bercampur semut agaknya. untuk entry kali ini, aku nak tunjuk macam mana nak edit gambar menjadi gambar HDR. Kebanyakkan photographer memang akan menggunakan pelbagai software untuk mengedit gambar. kalau tak, masakan gambar dorang mantap!

Begitu juga dengan aku. Aku menggunakan Photomatix Pro 3.2 dan juga Adobe Photoshop CS2(the latest one is CS 5). Kebiasaanya gambar-gambar yang sesuai untuk diedit menjadi hdr adalah gambar-gambar permandangan ataupun bangunan-bangunan. Korang boleh download software tersebut. Mari kita mulakan.

Pertama sekali, pilih gambar yang korang nak edit, buka photoshop, selepas tu korang kena tukar exposure gambar tu. selepas tukar exposure. save gambar tersebut. save menjadi 3 gambar yang berlainan exposure.


Langkah kedua, korang buka photomatic pro. lepas tu click generate HDR image, akan keluar interface baru, click pada button browse dan pilih pilih ketiga-tiga gambar yang anda telah save tadi.

Langkah ketiga, click pada button Tone Mapping.


Langkah keempat, korang boleh adjust strength, color saturation dan sebagainya untuk mendapatkan tone HDR yang korang rasa lawa. Lepas berpuas hati, click pada button process.


Langkah kelima, korang save gambar yang telah ditone mapping kan tadi ke mana yang korang nak save.


Langkah keenam, untuk menjadikan gambar tersebut lebih menarik, main dengan saturation. Buka gambar yang telah korang save tadi dengan menggunakan photoshop, lepas tu click image dan hue/saturation. korang boleh adjust saturation gambar korang tadi. Selepas selesai, save as gambar tersebut.



tadaaa, inilah hasilnya. tapi tak seberapa la. sebab aku pun baru berjinak-jinak dengan gambar HDR ni. ;D


Ni pulak gambar COIT(college of information technology) tempat aku study kat UNITEN.


Selamat mencuba!!

3 comments:

BamBang said...

Nice, thanks weh!

Abu Bagi said...

wah hebat la ko..buat tuk aku satu hek hek!!

fikri FAUZI said...

bambang - thnx bang. ;D

abu - hihi, boleh2..tade halla

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...