Monday, May 31, 2010

minggu yang happening. youth10!

Listening to: Caprice Song
Mood: Lazy
Playing: Phone

oh yeah!..hari minggu aku kali ini dipenuhi dengan aktiviti2 berfaedah sekaligus menghilangkan rasa bosan yang amat sangat. karnival youth 10 kali ini mantat beb. eh silap, mantap beb! macam2 ada(tag line astro)
hari sabtu dan ahad aku bermakna 'ayat metafora' buat jurung2 kalinya. mana taknya, kalau tak tido makan berak tv online je la kerja aku. hari sabtu aku pegi dgn member sekolah n ahad dengan member uniten.
kanak2 riang depan camera beraksi. sebenarnya, gambar kat atas ni tuk pertandingan photography ketagori DSLR, ktorang kena pose makan extra mint dgn gaya tersendiri. hadiah rm1200!! 'kalau dapat, aku angkat 2 supra!!' malang tak berbau. ktorang tak menang. rezki mungkin tak menyebelahi kami. juri tipu! 'still tak dapat terima kekalahan'

posin2.

lepas lebih kurang setgh hari kat dalam pwtc, kaki lenguh macam nak patah, perut pun dah lama. aku dengan member2 gerak klcc tuk makan. seriously lapar gila masa tu. dah la breakfast pun tak sempat.
krete ni aku snap otw nak ke klcc. agak rare la sebab color pink. dah la antic.

klcc!!wohoo!

p/s:terima kasih kawan-kawan. ;D

Friday, May 28, 2010

HDR photo

Listenin to: Nancy Ajram ft. K'naan - Waving Flag
Mood: Waiting
Playing: FB

now, people love to talk about hdr photo. its aint just about the camera used to captured the photo but the way that photos has been edited. most of the photogrpher use photomatix software as well s photoshop. ere are few of my hdr photo that has beeb touchup using photomatix.


p/s: gambar ni aku cilok dari laptop member. hahaha

Wednesday, May 26, 2010

YOUTH'10..yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat

Listening to: Aizat - Lagu Kita
Mood: Quiz
Playing: FB
http://youthasia.com/wp-content/uploads/2010/03/youth10-cover.jpg

jom2 ramai-ramai memeriahkan youth'10. register je kat link ni
http://malaysia.youthsays.com/laghezzaredzs/invite

tahniah dan free pass akan diberikan kepada anda yang telah register. natijahnya, marila bersama2 register dan menghavockan festival itu. nanti jumpa disana.

macam2 xtvt ade.ramai rakan2 artis saya yang datang perform nanti. futsal ade. pendek kate, "macam-macam ada" .

Sunday, May 23, 2010

tak sia2 aku vote kau shahir

Listening: Iwan AF8 - VIP
Mood: Ingin jadi juara
Playing: Winamp

merdu sungguh suara kau, lunak bak suara aku yang telah dieditasi dalam studio je. memang patut kau menang shahir. memang tak rugi aku vote kau 'vote ke?' . memang patut iwan dapat nombor lima. padan muke! hahaha(gelak sinis) ala, suara kau bukan sedap mane pun. kepada makcik2 yang telah bergadai harta untuk vote iwan, menyesal tidak berlagu la korang.

apa2 pun, adira 'terbaik wok' malam tu. kau nampak hot malam tu. suasana dewan putra bukit jalil malam tu havoc mengalahkan supporters final piala fa. lagi-lagi bila sebut sarimah n jimmy sebut nama shahir. "wooooo...aaaaaaaa..iiiiiii..shahirrrrrrrrr.." kedengaran suara-suara lantang menjerit-jerit nama shahir.menjerit sampai terkencing2 pun ada gak 'ini hanyalah mitos semata-mata'.

sebelum majlis
semasa majlis

oh, lupa nak bagi tau. terima kasih buat wartawan che lee yang bagi ticket free kat ktorang 'free ke?' melalui haikal ramlee. merci beaucoup!

ehsan merupakan orang yang paling happy sekali lepas shahir diumumkan sebagai juara. senior dia kat sekolah dulu kot. "lepas ni aku nak jadikan shahir idola aku la" jelas ehsan kat kami. perghh, janagn cerita je la kan. ;P

ni je gambar yang ada. tak sempat nak amik gambar yang lain.

Saturday, May 22, 2010

mari menari dengan ku di lantai dansa

Listening to: Yv ft T-pain, Fabo & Polow Da Don - My Own Steps
Playing: YM-ing
Mood:Consert

oh sekarang aku tengah excited nak tengok cerita step up 3d yang dijangkanya keluar pada july nanti. film ini merupakan sekuel untuk step up 1 dan step up 2. yok mari bersama ku, kita menari dilantai dansa. kalau la showdown(pertikaian-mengikut istilah google translate) dance macam film step up, konfirm habis semua duit aku habis kan untuk vote korang. ni tak, nak buat breakdance, jadi broke dance pulak.

"Brush em off.. brush em off .. do the dance
Twist it in the air like a mother fucking helicopter
I know you don't care when your tiddys there were home girl
Take your mother fucking shirt off..HEY
Take your mother fucking shirt off..HEY
Take your mother fucking shirt off"

aku pun dengan gembiranya menyanyi lagu soundtrack filem ni. tajuknya "Take Your Shirt Off"(agak 18 sx tajuk lagu ini) penyanyinye mesti la dari kaum2 yang sekaum dgn akon, s.kingston iaitu t-sakit(t-pain). tidak sedar kaki ku mula berhayun-hayun mengikut rentak irama lagu tersebut. sungguh ranggi lagu ini. membuat aku mula menggoyangkan pinggul dan menghangguk2 kan kepala ku ke bawah.

tanpa disedari, dah hampir 30 kali aku repeat main lagu ni. memang ada kuasa hipnosis la lagu ni. sampaikan nasi yang aku tanak pun hangus
'oh, tipu sebenarnya, aku mana ade tanak nasi pon'

(intonasi ah chai-johan raja lawak) kepada anda-anda semua pun, marilah kita semua ye pun~ tengok cerita ini punn.


video

Wednesday, May 19, 2010

bahasa melayu korperat

Listening to: Syamsul Yusof & Anwar Fazal ft. Doul - Apakah Semuanya Itu
Mood: :D
Playing: Poker

"arghhhh!!!!!!!! arghhhh!!!!!"
esok presentasi bahasa melayu korperat. akhir-akhir ni otak aku dah tepu dengan istilah-istilah discrete 'matematik' . sampaikan aku dah takde idea nak buat tajuk ape lagi. kepada janda-janda beranak 3 yang baca blog ini, sila la cadangkan tajuk2 yang menarik untuk dihuraikan. nanti aku belanje makan kat 'sup ani utara' (terpromote kedai pulak). hujung bulan nanti bagi komisyen ye?
dr. zaitul, lecturer bm yang best!

bapak-bapak, ibu-ibu semua, kepada seiapa yang dapat ticket xtra af8 ni, roger2 la saya ye. si adira tu beria ajak aku tengok dia perform time final nanti. kalau tak pergi dia kat dia nak tarik diri. aku pun dengan rendah dirinya terpakse la pergi. selamat berjaya adira. ;D

hahaha, dah menyimpang jauh dah ni. nwy (anyway-buat yang tak tau). selamat berjaya untuk budak2 melayu korperat esok. aku nak datang paling awal esok. tade la orang tengok aku present nanti. ;D

Monday, May 17, 2010

jalan2 cari makan part 2

Listening to: Sleeq - Cun Saja
Mood: Hpy
Playing: FB

jom makan steak kat steak house kl. terbaik wok.

tapi sayang nama menu2 dia aku lupa la. lol
xD

Thursday, May 13, 2010

its my birthday..i really wanna get with you..bla bla bla

Listening to: Mizz Nina ft Colbie O Donis - What You Waiting For
Mood: Sleepy
Playing: Nothing

[colby]
its your birthday
so tell me what's you want it too

[mizz nina]
its my birthday
i really wanna get with you

sedar tak sedar dah 20 tahun aku hidup. rasa macam baru semalam aku main lumba basikal dengan kawan2 sekolah dlu. terasa macam baru semalam aku lepak kedai anis beli "tikam2" yang akhirnya tak dapat ape2. masa begitu mencemburui aku.

"lepas main futsal ni kita nak lepak makan mane?" "hmm, 15 jom!". aku dengan rakan2 terus pergi ke 15, "annei, nasi lepak 1 teh o ais 1", tu la menu yang aku slalo order, nak saving punya pasal. lepas semua habis makan. perut pun dah kenyang. "jom balik, ade presentation nak buat ni."

"wei aim, kau nak g mne ni. uniten bukan masuk kiri ke.", "ha, ade la. happy birthday fik." sebenarnya aku pun hampir2 lupa 12may birthday aku. ni semua sebab presentation. sampai kat taman blkng mcd bangi. ktorang lepak situ. ade kotak hadiah lagi. aku terharu doe. bukak je kotak hadiah tu, ade telur n tepung. aku dah agak dah. kalau aku tau, aku goncang je kotak tu. hahaha.


terima kasih kepada rakan2 yang telah berjaya menepungtelur kan aku. terima kasih untuk "hadiah" tu n thnx for the cake. korang ni sweet betul la. LOL. terima kasih juga kepada semua pengirim2 ucapan hari jadi. terima kasih!

p/s: thnx friends!

Monday, May 10, 2010

walaupun kecundang, kau tetap di hati ku MU!

Listening: Shakira ft. Freshlyground - Waka Waka(This Time For Africa)
Watching: TV3
Playing: FB

"goolllllllll!!!!!!" jerit penyokong2 manu lepas gol pertama milik manu hasil jaringan fletcher. gua caya la sama lu manu. aku dengan semangat nye menyanyi2 lagu "when man u..when man u goes marching in..throught out the world.... bla bla bla" sambil menggigit-gigit straw kat tangan sebab air dalam cawan dah habis. aku sedikit kecewa sebab musim ni manu tak dapat peluang jadi juara yg jatuhnya kepada chealsea. aku selaku wakil peminat manu yang agak kecewa dan dengan berat hatinya terpaksa mengucapkan "tahniah chealsea!". ala, setakat kalah 1 point, tayah bising la doe. SATU POINT JE KOT!


season depan aku suruh ferguson letak jawatan kasi aku jadi manager man u. konfirm tiap2 game aku sponser ticket kat budak2 malaysia yg nak g tengok game man u esp budak2 uniten pusaka tesayang.

tapi tahniah juga buat manu sebab bantai stoke 4 - 0. wohoo!! walauapapun badai melanda pantai, banjir membasahi bumi, jerebu menutup udara, tsunami melanda darat, puting beliung meredah tanpa pilih kasih, 'kau tetap dihati ku manchester united'.

interview aku dgn mizz nina yg tengah famous dgn lagu what u waiting for.
mizz nina: hye fik, i wanna ask you something. can i?
fikri: yeah, my pleasure dear.
mizz nina: what do you think about red?
fikri: i just think about manchester united, manchester united and manchester united.
mizz nina: i guest u r a big fan of man is it?
fikri : yeah babe!

Saturday, May 8, 2010

cuci-cuci service

Listening to: Aizat - Susun Silang Kata
Mood: Superhappy
Playing: CS

sedang aku syok2 melalak dengar lagu 'awie - tragedi oktober' dengan sound woofer ehsansniper, tiba2 satu perasaan yang tak dapat ditahan mula menyerangku. badan ku mula rasa kesejukan walaupun suhu malaysia ni dah mencapai 38darjah celsius, bulu2 roma aku mula menaik dengan tidak semena-menanya. ini menandakan aku sakit perut nak berak. tanpa berfikir panjang, aku capai tuala dan sepantas kilat menuju ke tandas yang jauhnya 5 langkah dari bilik ku.

"urrghhhhhhhh......urghhhhhhhhhh...urghhhhhhhhhh..." setelah beberapa minit berada dalam keadaan yg kritikal, akhirnya, "alhamdulillah..lega rasanya..hilang bebab aku". aku lihat keliling tandas, "uishhh, ni toilet ke ape ni?" aku megambil keputusan tuk basuh toilet rumah.

"wei amir, tolong aku basuh toilet", "sorry la wei, aku busy la" jawab amir, "busy la sgt, sibuk ym dengan spe ntah..hahaha" balas aku, tape wei, aku dah biasa buat kerja sorang2 ni(ayat touching) lol. aku terus amik baldi, sabun breeze n berus jamban. kerja2 cuci dimulakan. lepas 10 minit menyental dinding tandas, aku mula beralih ke bilik air pula. selesai sudah cuci-cuci servise aku. aktiviti cuci-cuci ni selalunya aku buat tiap2 hujung weekend. rajin tak aku? so sweet. ;F

khusyuk basuh bilik air sampai kan paparazzi amik gambar pun tak perasan. lol
sebelum dan selepas, macam tak de beza je aku tgk. kotoran dia degil sgt la. aku rasa kena pakai clorox kot.

Thursday, May 6, 2010

jalan2 cari makan

Listening to: All American Rejects - Womenizer
Playing: Texas Poker
Mood: Starving n waiting

terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi pusaka uniten ni bagi mengorak langkah memulakan "semester istimewa" aka "special semester". terasa seperti semalam aku membeli mee goreng sedap kedai said berdekatan rumah aku untuk dijadikan santapan dikala kelaparan. Terasa baru semalam aku packing barang dan mencari2 stoking yang rupanya terselit dibawah meja. Padahal nak dekat sebulan sem ni start. nx week mid term kot! Oo, cepatnya masa berlalu.

sebenarnya aku nak ajak korang makan kat will.I.am. lebih spesifik ianya terletak di latitud (123.42 , 234.45). iaitu di kelana jaya. kedai dia memang kalau tengok kandang lembu lagi chun. kot!tapi makanan dia sedap beb! harga pun boleh tahan la. dengan berbekalkan perut yang penuh dengan irama gendang yang dipalu.

"boss, order!!" taukay dia datang dengan berpakaian baju putih pagoda dan seluar tidur kotak2 pendek dan tergantung apron bunya2 kat lehernya. muka cina, tapi dia muslim ok. kire halal la makan kat situ "saya nak nasi chicken marryland, triple h, nasi gereng napolean, spegheti bolognise " act adeberapa lagi yg kami order, tapi nama menu sangat pelik dan susah untuk diingati. "air pulak kami nak pinkpanther, chocolate, kelapa laut longan,honey malt, avocado, peach" air pulak semua nak gelas2 sebesar2 jag. hamik kau! besar gedabak air dia.

makanan pun sampai, tapi semua tak habis makan sebab dah kenyang. mak pesan, "membazir itu saudara syaitan", kami taknak jadi saudara syaitan. "bang, ade polisterin tak? kami nak tapau". ahaha.

tapi makan dia "MANTAT BEB!!" eh silap, "MANTAP BEB!!"




tak sempat nak amik gambar yang lain sebab kodak filem dah habis.

p/s: latitud tu aku bantai je. ahahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...