Monday, May 30, 2011

sekitar himpunan sejuta belia 2011

buat jurung-jurung kalinya aku berpeluang menjadi sukarelawan untuk majlis besar-besaran macam ni. ya! aku sangat bangga. walaupun penat, tapi ini merupakan pengalaman yang amat berharga. sehari suntuk di putrajaya.

hari sabtu sebelah pagi, aku jaga cheer leading competition dan pemenangnya adalah dari sekolah menengah sri aman. tahniah! nama kumpulan aku lupa la pulak. sebelah petang jalan-jalan disekitar event. tahniah buat semua warga belia yang telah datang memeriahkan program ini.

sebelah malam pula, event yang dinanti-nantikan. konsert super junior m. sebelum tu, ada la beberapa artis malaysia yang buat persembahan antara nadia af, wana mystartz lag, azlan and the type writer dan ramai lagi. persembahan artis malam tu semuanya hebat!

selesai konsert, seterusnya menonton perlawanan akhir dimana barcelona menentang manchester united bersama-sama dengan PM kita. Barca punya fans bukan main ramai lagi malam tu. Namun, MU kecundang 3-1 keatas barca. Semoga event tahun depan akan lebih ramai belia yang datang.

Thursday, May 26, 2011

HDR Tutorial, mari cuba

sejujurnya pertama kali aku dengar istilah HDR ni adalah tahun lepas tetapi bulan berapa aku sudah lupa. barangkali aku ada terminum air bercampur semut agaknya. untuk entry kali ini, aku nak tunjuk macam mana nak edit gambar menjadi gambar HDR. Kebanyakkan photographer memang akan menggunakan pelbagai software untuk mengedit gambar. kalau tak, masakan gambar dorang mantap!

Begitu juga dengan aku. Aku menggunakan Photomatix Pro 3.2 dan juga Adobe Photoshop CS2(the latest one is CS 5). Kebiasaanya gambar-gambar yang sesuai untuk diedit menjadi hdr adalah gambar-gambar permandangan ataupun bangunan-bangunan. Korang boleh download software tersebut. Mari kita mulakan.

Pertama sekali, pilih gambar yang korang nak edit, buka photoshop, selepas tu korang kena tukar exposure gambar tu. selepas tukar exposure. save gambar tersebut. save menjadi 3 gambar yang berlainan exposure.


Langkah kedua, korang buka photomatic pro. lepas tu click generate HDR image, akan keluar interface baru, click pada button browse dan pilih pilih ketiga-tiga gambar yang anda telah save tadi.

Langkah ketiga, click pada button Tone Mapping.


Langkah keempat, korang boleh adjust strength, color saturation dan sebagainya untuk mendapatkan tone HDR yang korang rasa lawa. Lepas berpuas hati, click pada button process.


Langkah kelima, korang save gambar yang telah ditone mapping kan tadi ke mana yang korang nak save.


Langkah keenam, untuk menjadikan gambar tersebut lebih menarik, main dengan saturation. Buka gambar yang telah korang save tadi dengan menggunakan photoshop, lepas tu click image dan hue/saturation. korang boleh adjust saturation gambar korang tadi. Selepas selesai, save as gambar tersebut.



tadaaa, inilah hasilnya. tapi tak seberapa la. sebab aku pun baru berjinak-jinak dengan gambar HDR ni. ;D


Ni pulak gambar COIT(college of information technology) tempat aku study kat UNITEN.


Selamat mencuba!!

sekilo dua hengget..

tiba-tiba handphone jenama SE aku berdering, ku lihat di screen tertera unknown number, aku mula gelisah. who the hell yang call aku pagi-pagi ni. lantas, aku angkat panggilan tersebut. laa, rupanya member lama aku la. buat aku gundah sahaja.

"kau nk join aku buat bisnes tak?" ujar kawan ku itu, "bisnes apa bro?" balas aku. dalam hati aku terlintas mungkin dia nak ajak aku buat MLM. argh, kalau MLM la gamaknya, memang tak la aku nk join. Namun, fikiran aku meleset. "Aku nk buat bisness jual baju la bro, nak join tak? kau jadi designer." tegasnya lagi.

Laa, jual baju rupanya. Ok jugak la. Tapi kalau nk design-design ni aku still tade pengalaman lagi. Tapi boleh la kalau nak conteng-conteng tu. Selepas beberapa ketika, aku mula mengorak langkah pertama dengan mendesign baju-baju yang tak seberapa ini. Dan ini lah hasilnya.



mari mari, sekilo dua hengget aje. sebenarnya design aku ni baru versi beta dari jenama FF (pergh, perasan ada brand sendiri). Insyallah kalau takde apa-apa aral merintang. Anda boleh pesan dan dapatkan baju-baju ini. Tapi okay tak desing-design baju aku tu??

Wednesday, May 25, 2011

menu si bujang

hari ni sama macam hari-hari biasa aku di uniten. kadang-kadang aku terfikir, bosan jugak lalui life yang sama tiap-tiap hari. nak jugak merasa macam mana hidup macam sultan. mesti syok kan? dayang-dayang keliling pinggang. lagi best kalau dapat yang macam maya karin ke, linda onn ke.

kelas hari ni pulak bermula jam 12. perut dah mengerang kelaparan nak makan. hmm, nak bagi perut makan apa ya hari ni? aku pun terus ke upten. sampai disana, entah awek mana tegur aku. aku pun tersipu malu. lantas aku angkat tangan. rupanya bukan aku yang ditegurnya. ada mamat tak seberapa hensem ada beberapa meter dibelakang aku. argh, aku malu. terus aku tunduk muka lalu berjalan lurus menuju ke upten chieken rice.

sampai disana, pelbagai juadah tersedia, ada pizza, ayam golek, bakso, kebab, mushroom soup dan macam-macam lagi. sebenarnya semua menu tu aku tipu je. lauk macam biasa la. makanan kampung. siap ada belacan lagi. maka, menu kebiasaan aku pada waktu tengahhari ada ni:




amacam, okay tak? aku bukan la memilih sangat bab makan-makan ni. janji kenyang. dapat sendawa sebab kenyang pun aku dah bersyukur gila. alhamdulillah.

Tuesday, May 24, 2011

coklat si budak juvana

siapa kata budak-budak sekolah juvana ni tak pandai bisnes. tengok gambar kat bawah ni. bukan main lagi kau kan daim. diam-diam ubi berisis. sempat lagi tu buat bisnes coklat. kau fikir si botak tu akan duduk diam aja? haha so, jangan salah tafsir kalau budak-budak jahat semuanya tak boleh berjaya. bak kata orang putih, "dont judge book by its cover".


nanti korang kawin buat la satu lagi coklat, taruk la nama sheril ke, sheza ke, raadzim pun okay apa? kawin jangan lupa jemput ye! aku nak gak duduk semeja dengan artis. nak jugak rasa macam mana rasa glamour. nak jugak rasa kena amik gambar dengan paparazzi. oh, tinggi betul khayalan aku kali ini.

shera: sayang..you sayang i tak?
zahiril: of coz la sayang.
shera: i tak percaya la. i nak bukti!
zahiril: kalau tak percaya, operate la dada, xray la hati.
shera: okay, esok kita pergi hospital kl ya?
zahiril: %$^#@!*>?+!

p/s: coklat daim tu memang ada ya. boleh dapat dipasaran berdekatan anda.

Monday, May 23, 2011

ada apa dengan nama

dah nama sedap-sedap karim nk kena panggil 'car'. daaaa. kau bajet nama 'car' tu sedap ke? ni lagi satu, dah mmg trend artis sekarang, lepas debut, mesti nk tukar nama. sebagai contohnya kalau sebut nama ni korang mesti tak tau kan, Mohd Fauzi Darus. Tapi kalau dengar Jay Jay mesti tau siapakan? Macam-macam lagi la nama-nama pelik aku dengar. Jaszle la, muka melayu, bajet mat salleeeh. daaaa.

baru-baru ni aku ada jumpa satu video lagu. berkisahkan khas tentang insan-insan yang bernama udin. first time aku dengar lagu ni buat aku gelak macam tak ingat dunia. dia punya gelak macam lepas main 'laughing gas'. Syok habis lagu ni. Antara lirik lagu ni pulak:

udin yang pertama, namanya awalluddin
udin yang suka dikamar, namanya kamaruddin
udin yang hidupnya dijalanan, namanya jalaluddin
udin yang suka bertanya, namanya soalluddin
udin yang suka ke masjid, namanya alimuddin
udin yang rajin berdoa, namanya aminuddin
udin yang suka menyapa, hairuddin

video

tapi sebenarnya memang tipulah kalau korang tade nickname. aku sendiri pun ada. okay. no effence. janji nama korang tu jangan la ada berunsur negatif. kalau ada yang digelar kambing ke, dugong ke, puhlizz la mintak kawan-kawan korang tu jgn panggil korang macam tu lagi. tukar nama yang best-best sikit.

nama fik tu okay kot. singkatan untuk fikri. some ppl also call me eki. aku pun tak ingat bila start dapat nama tu. lol

Sunday, May 22, 2011

berjalan lelaki aka running man

arghh, susah pulak aku nak lelapkan mata hari ni. mungkin sebab satu hari dah tidur tadi. so, tahap adrinaline aku masih agak tinggi malam ni. lagipun aku baru habis pekena minum kopi di maulana tadi. uish, rasa dia lain macam. tak macam kopi yang mak aku buat.

okay la, straight to the point. sekarang ni aku tengah layan siri running man atau kalau digoogle translate kan "berjalan lelaki". wtf! google felt! haha. siri ni merupakan satu game show korea dekat channel kbs. one word to describe siri ni, "HILARIOUS". sumpah kelakar. aku gelak kadang-kadang sampai tak sedar seluar tiba-tiba basah. dayum! aku benci saat itu.

sekarang ni dekat tv dah sampai episode 39 kalau tak silap. tapi ya, aku akui. aku lambat sikit. baru je layan sampai episode 21. ni semua gara-gara member aku amir. tak sangka dia pun layan running man ni. apa lagi, jom la layan game show ni. aku jamin korang akan gelak tak henti-henti nanti. bak orang jawa kata, 'cap jempol!'

lizzy yang sangat chumel

barisan pemain-pemain dalam running man. tengok muka pun dah nak tergelak kan?HAHAHAHA

Saturday, May 21, 2011

dia comel dan dia sangat manja

sugar glider ataupun gelaran saintifiknya Petaurus breviceps. terbelit2 lidah nk menyebut.panggil sg kan senang. bukan main comel lagi kan binatang ni. geram tak tengok binatang ni? rasa macam nk gigit2 tak?

sg ni tak famous sangat lagi kat msia sebab binatang ni pun bukan asal dari tanah melayu ni. kalau korang ada jumpa kat belakng rumah korang, nampak sangat menipunya! seekor harga lebih kurang rm200 lebih. standart sepasang org jual rm500. kalau bela lepas tu ternak dan jual. boleh untung. lagi pun jangka hayat sg ni lebih kurang 15 tahun. wah! bisness minded jugak aku ni ye.

ni yang buat aku rasa nk bela sg ni. tgk la nanti. insyallah. cuba bayangkan, mesti syok kan kalau keluar jalan-jalan lepas tu bawak sg ni sama-sama. merayap kat badan korang. tak macam anjing n kucing nk kena pasang rantai kat leher.

sg ni bukan la jenis tupai tapi sepupu sepapat kangaroo sebab kat badan sg betina ni ada kantung tuk simpan baby dia. ahh, comelll sangat! saiz sg ni pulak kicik aja. sebesar tapak tangan korang.


Friday, May 20, 2011

siapakah lelaki misteri yang hobinya mencurah asid itu?

cuba fikir siapa agaknya musibat misteri yang hobinya suka mencurah asid kat muka orang ni. bukan sekali, bukan dua kali tapi sudah berkali-kali perkara ini terjadi. motif? masih dikaji. tapi aku ada beberapa sebab motif pencurah asid ini.

mengikut firasat aku, penyimbah asid ni masih sekolah lagi. dia tengah buat ekperiment tentang kelarutan asid hidroklorik dan tindak balas terhadap kulit manusia. tapi disebabkan susah nk dapatkan mayat. dia mencari jalan pintas yang agak kurang bijak dengan mencurah asid tersebut keatas orang awam. kalau cikgu kimia kau dapat tau, habis! memang terus kau dapat 9G.

seterusnya, aku rasa dia ni frust tak dapat nk pikat mana-mana perempuan dekat briedkfield. tu yang nekad nk balas dendam dengan curah asid tu. kalau muka kau macam pelakon2 korea tak per gak. tapi ha ni dia.
terang lagi bersuluh, siapa nk kau. dah la muka tak hensem. anak wak putat yang muka macam jalan tak siap tu lagi hensem dari kau tau tak? kalau bagi free pun takde siapa nk. lol

dah-dah la tu. simpan-simpan la asid kau tu. membazir tau tak. membazir tu amalan syaitan. kau patut simbah asid tu kat muka kau sendiri dulu. baru kau tau macammana rasanya. sedap ke tak. perit ke tak. silap-silap hari bulan boleh putih macam micheal jackson ke. siapa tahu.

KOREAN MUSIC WAVE 2011

Great news for all K-Pop fans! The Korean Music Wave 2011 is coming to Singapore this July!

The Korean Music Wave 2011 will feature a total of 7 K-Pop Groups, with Big Bang, U-Kiss, Ft-Island, Teen Top, Miss A & 2NE1 headlining the concert! Details are below:

Organiser: Proof Label
Date: 15 July 2011
Venue: Singapore Indoor Stadium
Time: 8pm - 11pm


Sunday, May 15, 2011

dikala senja



petang yang hening di sungai besar



Thursday, May 12, 2011

juvana punya pasal

“Hoi!, ape korang buat ni ha?”. “Dia tu jambu aku!” .Ni la antara dialog dalam drama Juvana baru2 ni lakonan Zahiril Adzim, Bron Palarea dan ramai lagi. Memang mantap cerita dia! Tapi kesian betulla Daim, aku tau, he is innocent. Dia mesti kena fitnah sampai masuk ke sekolah tu. Aku confirm ending cerita tu mesti Daim didapati tak bersalah. Maka celakalah sesiapa yg buat fitnah tu!

Okay, Jambu? What the hell is it? Korang mesti terfikir-fikir kan, kalau ikut kamus dewan edisi ketiga, jambu ditafsirkan sebagai ‘cantik’ & ‘comel’ ataupun lebih dikenali sebagai ‘pet’ dalam bahasa orang putih.

Cerita bab jambu-jambu ni, teringat kenangan kat sekolah dulu dengan istilah ‘jambu’ dan ‘betik’. Memang tipulah kalau all boys punya school tak guna all those terms. Lagi-lagi sekolah asrama penuh. Jambu diistilahkan untuk budak2 yang muda ataupun junior manakala betik pula untuk budak2 yang lebih senior. Kat sekolah all girls lain pulak term yang dorang guna pakai, aku tak ingat la. Cuba try google! . Pantang budak2 form1 yang baru masuk, lagi2 yg muka ‘comel’ n ‘hansome’. Sah2 kena cop as jambu.

Sebenarnya aktiviti jambu ni lebih kepada adik angkat n abang angkat. Cuma dorang tade la cakap ‘kau, jadi adik angkat aku nak tak?’. Ianya berlaku secara x langsung apabila seorang senior itu rapat dengan seorang junior. So, timbullah istilah jambu dan betik ini. Dalam Juvana tu sampai urut2 kan tu dah lebih la tu. Tade la pulak aku dengar kes jambu mengurut betik masa kat sekolah dulu. Kalau sakit tu pepandai la urut sendiri. Nak kata main jambu ni bawak ke aktiviti songsang, tade la pulak aku dgr masa kat sekolah dulu jambu2 ni hilang teruna sebab si betik2 ni. Lagi satu, tade la pulak dulu aku dengar budak2 gaduh berebut jambu macam cerita Juvana tu. Over la pulak drama ni.

Aktiviti ‘main jambu’ ni dh macam tradisi. Bila jambu2 ni dah naik jadi senior, dorang pulak yg akan amik budak junior as dorang punya jambu. What goes around comes around kan. Tapi itu semua kenangan masa sekolah dulu. Its just for fun. So, nanti bila dah keluar, there is something yang boleh diingat masa kat sekolah dulu. But when the school over, there is no more jambu. Dah tak main dah jambu2 ni, baik cari bunga, kalau dapat Bunga Citra Lestari lagi bagus!

Jom ramai2 layan drama Juvana setiap hari Isnin jam 9malam hanya di TV3.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...