Thursday, May 12, 2011

juvana punya pasal

“Hoi!, ape korang buat ni ha?”. “Dia tu jambu aku!” .Ni la antara dialog dalam drama Juvana baru2 ni lakonan Zahiril Adzim, Bron Palarea dan ramai lagi. Memang mantap cerita dia! Tapi kesian betulla Daim, aku tau, he is innocent. Dia mesti kena fitnah sampai masuk ke sekolah tu. Aku confirm ending cerita tu mesti Daim didapati tak bersalah. Maka celakalah sesiapa yg buat fitnah tu!

Okay, Jambu? What the hell is it? Korang mesti terfikir-fikir kan, kalau ikut kamus dewan edisi ketiga, jambu ditafsirkan sebagai ‘cantik’ & ‘comel’ ataupun lebih dikenali sebagai ‘pet’ dalam bahasa orang putih.

Cerita bab jambu-jambu ni, teringat kenangan kat sekolah dulu dengan istilah ‘jambu’ dan ‘betik’. Memang tipulah kalau all boys punya school tak guna all those terms. Lagi-lagi sekolah asrama penuh. Jambu diistilahkan untuk budak2 yang muda ataupun junior manakala betik pula untuk budak2 yang lebih senior. Kat sekolah all girls lain pulak term yang dorang guna pakai, aku tak ingat la. Cuba try google! . Pantang budak2 form1 yang baru masuk, lagi2 yg muka ‘comel’ n ‘hansome’. Sah2 kena cop as jambu.

Sebenarnya aktiviti jambu ni lebih kepada adik angkat n abang angkat. Cuma dorang tade la cakap ‘kau, jadi adik angkat aku nak tak?’. Ianya berlaku secara x langsung apabila seorang senior itu rapat dengan seorang junior. So, timbullah istilah jambu dan betik ini. Dalam Juvana tu sampai urut2 kan tu dah lebih la tu. Tade la pulak aku dengar kes jambu mengurut betik masa kat sekolah dulu. Kalau sakit tu pepandai la urut sendiri. Nak kata main jambu ni bawak ke aktiviti songsang, tade la pulak aku dgr masa kat sekolah dulu jambu2 ni hilang teruna sebab si betik2 ni. Lagi satu, tade la pulak dulu aku dengar budak2 gaduh berebut jambu macam cerita Juvana tu. Over la pulak drama ni.

Aktiviti ‘main jambu’ ni dh macam tradisi. Bila jambu2 ni dah naik jadi senior, dorang pulak yg akan amik budak junior as dorang punya jambu. What goes around comes around kan. Tapi itu semua kenangan masa sekolah dulu. Its just for fun. So, nanti bila dah keluar, there is something yang boleh diingat masa kat sekolah dulu. But when the school over, there is no more jambu. Dah tak main dah jambu2 ni, baik cari bunga, kalau dapat Bunga Citra Lestari lagi bagus!

Jom ramai2 layan drama Juvana setiap hari Isnin jam 9malam hanya di TV3.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...