hari ni sama macam hari-hari biasa aku di uniten. kadang-kadang aku terfikir, bosan jugak lalui life yang sama tiap-tiap hari. nak jugak merasa macam mana hidup macam sultan. mesti syok kan? dayang-dayang keliling pinggang. lagi best kalau dapat yang macam maya karin ke, linda onn ke.
kelas hari ni pulak bermula jam 12. perut dah mengerang kelaparan nak makan. hmm, nak bagi perut makan apa ya hari ni? aku pun terus ke upten. sampai disana, entah awek mana tegur aku. aku pun tersipu malu. lantas aku angkat tangan. rupanya bukan aku yang ditegurnya. ada mamat tak seberapa hensem ada beberapa meter dibelakang aku. argh, aku malu. terus aku tunduk muka lalu berjalan lurus menuju ke upten chieken rice.
sampai disana, pelbagai juadah tersedia, ada pizza, ayam golek, bakso, kebab, mushroom soup dan macam-macam lagi. sebenarnya semua menu tu aku tipu je. lauk macam biasa la. makanan kampung. siap ada belacan lagi. maka, menu kebiasaan aku pada waktu tengahhari ada ni:
amacam, okay tak? aku bukan la memilih sangat bab makan-makan ni. janji kenyang. dapat sendawa sebab kenyang pun aku dah bersyukur gila. alhamdulillah.
8 comments:
ayam goreng ngan sambal belacan!!! sedap!
asma - sambal belacan kalau takde, mmg takkan kenyang..hihi
ok la tu..sedap apa ayam..:D
yg pnting kenyang..
Kita suka telur mata dengan kicap and nasi putih! Best. Mmg bujang betul tu :D
abu - janji tak lapar sudahh..kan
dobot - tu namanya nasi bujang..hihi..kalau malam2 makan tu la.
uish AYAM lahh :D
alamak sedap nyer nampak...
adeya - ayam goreng mmg sedap kan..hihi
siti aziz - bila lapar, semua nampak sedap.. ;D
Post a Comment