Sunday, December 28, 2008

tag from ehsanSniper

You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

  1. drink with straw but in different way(ask my friend, they know how)ahakz
  2. im someone that is hard to predict
  3. don't eat any kind of sea food.any kind of it except fish
  4. colour blind.gosh!hopefuly it can be cured!
  5. feel afraid to ride a motorcycle and car.im always think about accident
  6. luv to eat but i cannot gain my weight.wonder why.
  7. very proud to be starian.just starian know why.

those who've been tagged :

  1. Aiman
  2. Amni
  3. Ian
  4. Pea-pah Peanut
  5. Nazemy
  6. Hazmer
  7. Nassier

Friday, December 26, 2008

Ragnarok online(yeah)

This maybe kinda oldskewl game but im not sure why ive been addited to this game. I tend to overnight to just play this online game. Maybe because the way its play or because of the victory when im in PVP that make me feel power. huk3.this a few shot pict of my character. lately i tame a pet name isis. it is a mix of human n snake.

me with my new pet


I enjoy playing this game. y'all.come play it with me.

Thursday, December 25, 2008


TAg2. This atTAG is from Hafiz Roslan

1.Anda rasa anda hot?
ha??
hot tu ape?tak pernah dengar pun..

2.Upload gambar kegemaran anda.

3.Kenapa anda suka gambar ini?
they are all my new besties.tade dorg busan kowtk kat uniten ni.

4.Bila kali terakhir kamu makan pizza?
Ntah la..da lupe la..rasenyer da lame ta makan pizza..

5.Lagu terakhir yang kamu dengar?
The Jonas Brother-Play My Music Full(Camp Rock OST).cant stop playing diz song

6.Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
leveling(hanyer certain people know what i mean)hu7

7.Selain nama kamu sendiri,apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
rahmat(perhaps)mesti ramai yg gelak 9t..

8.Tag lagi 4 orang
Haikalastar
apeas
ehsan
fadz

9.Siapa orang nombor satu?
haikal anak en. ramli. betul cakap apeas. star wannabe.haikal's "aku pun nak org tau yg aku ade bakat macam dorang"., kata haikal..hak3

10.Katakan sesuatu berkenaan orang nombor empat.
fadzli hassan.cartoonnnnnnnn.animeeeeeeeee..
huhuhu

11.Bagaimana pula orang nombor tiga?
pecah.patah.retak n etc..
p/s:bace sambil tergelak Evil..

12.Siapakah orang nombor dua?
hafiz, die ni simple guy. tpi...tade tapi2 lagi(macam dialog filem pulak)
hu7

Thursday, December 18, 2008

Read this 1

Special To Pea-Pah who Tag Me


1. If your love betrayed you, what will your reaction be?
I don’t think I feel bloody stress coz there are thousand of girl in this world. Why should I beg for love that is not mine.

2. If you can have a dream come true, what would it be?
I wanna master 7 language which is English, Spanish, Japan, Arab, French, Korea and also Mexican.

3. Whose butt would you like to kick?
Those who betrayed and those with two faces. And also those who tagged me(pea-pah, just kidding)

4. What would do with a billion of dollars?
I will go to the Money Changer and change it to Ringgit Malaysia first and buy Malaysia and became its Prime Minister. During that time My name will be leaded yg With Tun Dr. 

5. Will you fall in love with your bestfriend?
Love is blind. Who knew.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Being loved by someone. Its show how people apriciate me.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Until the end of my life(perhaps)

8. If the person you secretly like is already attached? What will you do?
I will make her the happiest person in this world and use biliion money that i got from Q4.

9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actor/actress?
Hmm, I damn loved to act with Korean and Japanese Actor and Actress. Hai Ji-Won cant wait to meet you.

10. What takes you down the fastest?
Word

11. How would you yourself in ten years?
Working and getting married.

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Specky and Scaladisme!huk4

14. Would you be single and rich or married but poor?
Single and rich. Don’t ask me why. But for some reason, I think married does’t not everything. I dont really married can bring happinest in our life. 

15. What's the first thing you do when you wake up?
Recite “Doa Selepas Bangun Tidur”.

16. Would you giveall in a relationship?
I don’t think I would give my all in that relationship.

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
I will forget both and find another lover.Hak3. Mention question number1.

18. Would you forgive and forget no matter how terrible a thing the someone has done?
Im a kind person who easily forgive and forget. But dun make any truble with me. Lately i have learn balck magic called "Deathly Charmed". Dont dare to do so.

19. Do you prefer being single or having a relationship?
In case of now, I don’t think I prefer to have any serious relationship but for future, gosh, send me girl from heaven!

20. List 5 people to tag
1. Aiman
2. Bonat
3. Faris
4. Fakhruddin
5. Undefined

Wednesday, December 10, 2008

5 Musim Berlalu, Namun Masih Segar Di Ingatanku

Merempuh Lautan Badai Bergelora

Deru angin, sinar fajar megah menyinsing cemerlang di tabir langit sebelah timur menerangi pelayaran bahtera 47 menuju perjuangan suci murni. Ironinya, perjuangan delapan Januari 2003 ini bersandarkan doa dan harapan melangit kedua-dua orang tua yang tersayang. Cita-cita ayah dan bonda adalah supaya anak tersayang menanam benih-benih kesungguhan seterusnya menuaikan buah-buah kejayaan. “Selamat Datang Warga Baru STAR”, terpampang ucapan yang penuh bermakna ketika tiba di pintu depan Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Ianya memberi isyarat bahawa semboyan perjuangan baharu sahaja kedengaran sekaligus menyedarkan kami semua. Memori lalu menyinggahi fikiran kami. Perjalanan beribu batu tidak terasa meletihkan sekonyang-konyang melihat hamparan padang hijau yang luas terbentang, saujana mata memandang yang menanti untuk dipijak. Bangunan-bangunan indah tersenyum mesra menyambut kehadiran, pepohon melambai menggamit kami untuk menumpahkan kasih di sebuah alma mater berdekat usianya ini. Berbekalkan keputusan 5A dalam UPSR, sandaran pepohon semangat dan dedaun harapan, kami nekad bersatu hati tinggal di bawah lembayung White House & Green House sebagai mahligai pertama. Ketika kami terkapai-kapai, tangan kasih guru-guru menyambut mesra. Ustaz Ariffine dan Cikgu Harmain menggalas tanggungjawab selaku warden kami. Pelayaran musim pertama ini diserikan lagi dengan kehadiran 6 orang abang prefect untuk memikul amanah memberi tunjuk ajar kepada kami.

Selaku putera bongsu, sudah tentulah ada yang tersilap perkiraan menjadikan langkah kami nampak sumbang. Tatkala itulah kami kecut perut kerana gegendang telinga kami menerima arahan, “Form one, MEETING!!” jerit abang-abang prefect. Larian pemanas badan di basketball court hadapan Rumah Merah menjadi dendaan. Merekalah yang banyak mentarbiyahkan kami dalam rencah kehidupan di STAR. Latihan ‘cheer’ setiap petang Ahad yang berbahang pula menjadi kegusaran. Pelbagai dalih yang dicari, membersihkan dan mengecat kelas menjadi alasan yang popular pada masa itu. Kegirangan dan kegairahan jelas terpancar sewaktu kami mendendangkan lagu-lagu untuk menyokong mana-mana pasukan sekolah. Walaupun kadangkala rasa putus asa menggamit di jiwa sewaktu kami menongkah arus yang menggila, falsafah ‘Once you start a game, you must finish it’ tetap tersemat utuh dalam sanubari kami. Rasa cuwak dan hormat kepada Senior Tingkatan 5 adalah sesuatu yang pasti. Kadangkala sanggup pula berjalan jauh semata-mata untuk tidak berselisih dengan mereka. Lucu sungguh mengenang kisah lalu. Sebagai Extra Ordinary Student (EOS) pencapaian akademik adalah ‘core business’ bagi kami semua. Lebih-lebih lagi kamilah batch pertama yang mengikuti pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ayahanda pengetua, Tuan Haji Ariffin bin Abdul Rahman sememangnya seorang yang tegas dan tidak banyak berkompromi dalam sebarang usaha beliau untuk memastikan bunga-bunga kecemerlangan kembali mekar di bumi STAR. Saat itu, denda 50 round padang yang melelahkan menjadi lumrah kehidupan yang penuh disiplin. Di sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Suatu ketika kami digemparkan dengan pemergian 20 orang abang-abang tingkatan 5 dek ketelanjuran mereka. Natijahnya, nama STAR telah menggegarkan seluruh pelusok Negara dan meninggalkan impak yang besar buat kami semua. Sebagai adik yang bongsu, kami berasa amat kesal di atas perkara ini tetapi kami amat kagum dengan semangat setia kawan mereka.

Peristiwa kuarantin demam influenza juga tercatat dalam diari hidup kami. Rakan-rakan yang terpaksa berpindah ke blok akademik telah meneruskan kelangsungan hidup dengan suasana kacau bilau. Setahun jagung di STAR, putera-putera 47 mula diajar beraksi di gelanggang seperti sukan ragbi, bola sepak dan kriket. Sejak itulah bakat terpendam mula bercambah. Penglibatan sulung putera kami dalam Puisidra Sains peringkat negeri membuahkan hasil setelah mendapat tempat pertama. Rohani dan jasmani kami dibaja dengan program Kem Ibadah yang julung-julung kalinya diadakan. Langkahan kembara musim pertama ini terasa begitu pantas, seribu pertanyaan berlegar-legar di dalam kotak pemikiran kami. Adakah musim seterusnya mengizinkan kami untuk terus hidup sebumbung. Namun setiap saat dirasakan amat pantas berlalu, sedar-sedar sahaja musim pertama ini hampir dilabuhkan. Sesungguhnya segala kenangan pahit manis sewaktu musim pertama bakal menjadi pengalaman hidup kami bersama.

Ikatan Dicitra Pengalaman Ditempa,

Musim Kedua Penghuni Sukma.

Semusim hidup di bumi bertuah ini, kini putera-putera kersani 47 semakin matang dan dewasa untuk mengatur langkah bagi menyusuri onak duri perjalanan hidup di STAR. Namun permulaan pelayan bahtera musim ini dilanda renyai gerimis, lalu cahaya sang suria terbias membentuk 6 warna yang berbeza; hijau, biru, hitam, merah, putih dan kuning. Semuanya kerana keinginan pihak sekolah untuk mengembalikan semula semangat House di bumi STAR. Putera-putera 47 terpaksa akur dengan kejutan musim kedua ini. Kami terpisah atas nama rumah sukan masing-masing. Namun gema laungan semangat laungan Batch terus mekar di jiwa kami. Hal inilah yang memungkinkan jalinan ukhwah kami kukuh bagaikan adik-beradik. Hari-hari pertama musim kedua, kami mulakan dengan menyarungkan samping baru setelah setahun bersampingkan kain pelekat sahaja. Memori bertambah manis pabila kami diberi mandat untuk memulakan tradisi ‘abang dan adik angkat’ bersama adik-adik tingkatan 1 yang baru mendaftarkan diri di alma mater ini. Keadaannya amatlah berbeza dengan kemasukan kami dahulu. Semasa itu, segalanya haruslah diuruskan sendirian. Hubungan kami dengan abang-abang Tingkatan Lima sudah semakin erat. Kesempatan ini mereka gunakan untuk menurunkan pelbagai ‘tradisi’ yang sudah lama bertapak sejak zaman-berzaman. Bermulalah dari kedinginan subuh sehinggalah ke kelaman malam, ada sahaja ilmu baru yang kami pelajari.

Gerak langkah kami semakin yakin, jambatan kecemerlangan terus dititi bersama. Langit tidak selalunya cerah, kami dirundung kesedihan apabila musim ini kami tidak dapat bersama tiga orang rakan yang keluar menuju kedestinasi yang lain. Diharap kenangan kita di musim petama kekal mekar di memori mereka. Pisau diasah lagikan tajam. Bakat kami mula dicerminkan melalui lapangan sukan. Skuad Cobratasha kami berjaya merangkul gelaran Juara Piala Gajah ketegori plate. Kejayaan bertambah manis apabila pasukan bola sepak kami merangkul kejayaan dalam pertandingan Bola Sepak Bawah 14 Tahun SBP Zon Utara. Salah seorang kersani kami telah diberi gelaran sebagai ‘Pemain Terbaik Zon Utara’. Manakala dua orang putera kami juga menunjukkan kemahiran dalam Program Toyota Eco Youth. Memori tambah bermakna apabila kami turut terlibat membantu persiapan menerima kunjungan Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sempena Hari Anugerah Kecemerlangan STAR pada tahun ini. Pada tahun ini juga kami kehilangan Penolong Kanan, Encik Guffri Alfiah yang dinaikkan pangkat sebagai pengetua. Air mata terus berlinangan dengan pesaraan ‘Bapa Penjana Paradigma’ iaitu Tn Haji Ariffin, insan yang bertanggungjawab menggilap semula mutiara yang pernah diselaputi kemalapan suatu ketika dahulu. Patah tumbuh hilang berganti, kehadiran Tuan Haji Mohd Radzi menjadi penghulu STAR amatlah disambut dengan hati yang terbuka.

Perjalanan hari esok terbentang luas dihadapan. Layar bahtera 47 berehat seketika. Sauh dilabuhkan. Musim ketiga dinanti dengan penuh debaran.

Musim ketiga halangan pertama,

Jiwa Membara Usaha Ditala,

Armada 47 gagah membelah lautan samudera meredah badai dan gelora, menuju gugusan pulau jaya. Kami diuji dengan misi pertama, iaitu PMR. Ukiran kejayaan lalu membuatkan kami berasa begitu bertanggungjawab meletakkan nama STAR pada tempat yang sepatutnya. Setapak derap ini melangkah pasti tidak akan berhenti lagi. Rumah-rumah telah kami tawan. Pertama kali menjadi ‘Senior antara Junior.’ Kabilah warna sekali lagi meluluhkan impian untuk menjalani kehidupan serumpun bagaikan sedarah sedaging. Namun, kami ini umpama minyak yang tertumpah di lautan, pastinya akan bersatu kembali. Rintangan pertama bakal diselami bersama.

Tatkala meniti bulan-bulan pertama musim ini, kami dikejutkan dengan berita pertukaran Ayahanda Tn. Haji Radzi yang telah dinaikkan pangkat sebagai Peg. Pelajaran Daerah Kinta dan kini beliau menjawat jawatan sebagai Peg. Pelajaran Kuala Lumpur. Apa yang pasti perkenalan yang singkat bersama beliau tetap meninggalkan kenangan buat kami. Kehadiran Tuan Haji Mohd Shukor bin Shariff mengisi kekosongan tampuk pemerintahan STAR. Bersamanya, beliau meniupkan slogan “PMR zero B,C,D and SPM Number 1” dalam setiap warga STAR. Program Kecemerlangan anjuran sekolah dan PIBG telah kami teliti dan hayati sebaiknya tanpa ada seorang pun yang terlena akibat penangan Kopiko yang dibekalkan setiap sesi. Nostalgia ini pasti akan terus mencuit hati kami.

Potret kejayaan berjaya kami lakarkan. 6 kersani 47 telah diamanahkan untuk menjadi prefect. Arena sukan menyaksikan pelbagai kejayaan yang bersejarah telah dicipta. Cobratasha telah merangkul tempat ketiga Kejohanan Ragbi MSSM Bawah 15 Tahun. Pasukan bola baling juga merangkul tempat ketiga daerah. Libasan pemain takraw pula telah muncul juara Daerah Kinta 2, suatu kejayaan yang belum pernah dicapai sebelum ini. Setelah hampir 3 tahun kami menumpahkan kasih di persisiran ini, perjuangan ini akhirnya menemui satu titik yang mana usaha perlu kami zahirkan melalui sehelai kertas. Dermaga PMR kami singgahi pasa 10 Oktober 2005. Segala ilmu yang dibekalkan oleh warga pendidik menjadi senjata dalam peperangan minda ini. Jendela waktu kami belum lagi menemui pengakhiran, segala keringat telah dicurahkan. Kami merenungi lautan luas yang perlu ditempuhi. Senja berlabuh, kami berehat menyimpan tenaga kerana langkah hari esok memerlukan kudrat yang bukan sedikit.

Musim Keempat Disulam Ceria,

Seia Sekata Muradif Dijiwa.

Tirai musim ini disua, kami masih bias melangkah, menunjukkan kebenaran menggenggam bara biarlah sampai jadi abu. Setinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Illahi kerana 74 daripada 139 orang putera kersani 47 telah mendapat keputusan 8A dalam PMR. Walaupun keputusan kami kurang bagus dari tahun sebelumnya, namun kami telah mendapat Anugerah Kuantiti PMR negeri Perak yang menjadi bukti bahawa kami telah berusaha keras bagi memartabatkan nama STAR. Gerbang Honeymoon Year kami rentasi. Keghairahan menempuhinya dinantikan lantaran nikmat yang dijanjikan. Apatah lagi sistem rumah sepenuhnya dilaksanakan pada musim ini. Tahun ini dianggap sebagai platform untuk berkekalan dengan junior di kabilah-kabilah warna masing-masing. Sejak awal lagi kami sudah dapat membayangkan satu perpisahan bakal menjelma. Si tabah terus meniti, ada juga yang masih tergelincir. 3 orang warga LEOnairats terpaksa melabuhkan pelayaran mereka kerana ingin mengambil aliran yang yang berbeza kerana di STAR hanya menawarkan aliran Pure Science. Namun kehadiran 6 orang Freshies mengisi kekosongan Saf Batch 47 agar senantiasa rapat dan penuh sebagai jemaah yang menghadap kiblat ilmu yang suci.

Kehadiran Add Math, Physics, Chemistry dan Biology sebagai tetamu ke ruang minda cukup meletihkan tambahan pula kesemua subjek tersebut diajar dalam bahasa Inggeris. Namun pengalaman ketika menengah rendah dahulu membuat kami tidak begitu kekok. Layanan istimewa haruslah diberikan, tidak seperti subjek teras yang lain yang ternyata lebih mudah untuk didampingi. Namun, pengorbanan haruslah dilakukan kerana semua tetamu-tetamu inilah yang bakal mewarnai keputusan SPM kami. Atas kesedaran ini lah langkah mula diatur. Istilah ‘Stay up’ mula sinonim dengan kehidupan seharian kami. Guru-guru senantiasa menemani, memberi tunjuk ajar dan hembusan api semangat dari mereka menjadi azimat buat kami semua. Ayahanda datang dan pergi. Ketika musim ini hampir melabuhkan tirainya, kami diuji sekali lagi dengan persaraan Ayahanda Pengetua Tn. Haji Shukor bin Shariff. Lumrah di STAR, pengetua silih berganti menaburkan bakti. Kehadiran Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff merupakan pengetua keempat sejak kami bermukim di sini. Walau sesiapa pun hadir mengepalai pentadbiran, hasratnya tetap sama. Kecemerlangan alma mater ini harus sentiasa dipertahankan walaupun ribut datang melanda, ombak datang memukul persisiran.

Bertolak dari situ,kami digilap semula melalui Kem Bina Negara di BTN Kaki Bukit Perlis, Kenangan manis berkampung di Utara tanah air ini sememangnya menjadi mengubat rindu kami di musim ini. Sedang kami asyik diulit kehebatan lautan honeymoon year ini, panji perjuangan terakhir kami mula berkibar. Antara sedar dan lena, diri ini sudah terlalu banyak mengenal erti hidup di rimba pancaroba ini. Segala pengalaman ini lah yang menjadi tongkat, menopang diri untuk terus melangkah di pentas berikutnya. Bahtera 47 melabuhkan sauhnya. Laungan perjuangan musim kelima bakal menjelma.

Musim kelima digapai mesra,

Memahat memorabilia daerah nostalgia.

Pagi ini mega berarak sepi dan sayu dihembus bayu. Sesayu hati kami menyambut mahligai terakhir di daerah nostalgia ini. Terasa seperti baru semalam kami bertandang di bumi STAR ini, mengarak kain baju, memulakan cinta hakiki terhadap rakan-rakan sebagai sahabat yang dikasihi serta guru-guru yang disayangi. Hari yang pasti dilalui oleh insan yang bergelar STARian, kini sedang mengembang dan menaungi diri kami. Rintangan hebat SPM bakal menjelma tiba. Agakan kami menepari sasaran. Warga bahtera Batch of 47 telah ditempatkan sebumbung di mahligai terakhir iaitu Matrik dan Banglo. Di sinilah segala rindu terubat. Kempunan untuk duduk sebumbung selama 3 tahun sebagai 1 batch kini terubat. Daripada hingar-bingar di kamar mandi sehinggalah ketawa-riang di dalam dorm. Pengalaman ketika di tingkatan 1 kembali mekar. Namun ada 40 orang kersani 47 telah diberi mandat untuk menjaga blok mengikut kabilah warna masing-masing. Kami terpaksa akur dengan kehendak pihak sekolah yang mengamanahkan mereka mendidik adik-adik di house. Walaupun duduk berasingan, ikatan sesama berada tetap mekar utuh di jiwa kami. Pentas siasah kami terajui. Hambatan tanggungjawab yang berat digalas ke atas pundak putera-putera 47. Setiap kelab, persatuan, badan-badan khas serta badan uniform dimantapkan melalui kepimpinan kami selaku insan yang paling tua dan yang paling banyak makan garam serta tahu kepentingan untuk memastikan STAR sentiasa berdaya-saing dalam segala arena yang diceburi. Keperihatinan terhadap house masing-masing tidak pernah dipandang sepi. Strategi dan pelan menghadapi hari sukan dirangka dan diatur dengan teliti agar suatu kenangan manis akan terpahat disanubari kami. Latihan kawad dan pembinaan stamina diri menghadapi sukantara dijalankan. Petang di STAR dikuasai oleh gema suara kami. Maka, terbinanya enam mahligai megah pada hari sukan menjadi simbol kegemilangan kami.

Selain itu, diari kokorikulum kami menyimpan pelbagai catatan manis dan bermakna. Skuad Cobratasha mencipta kejayaan menggenggam gelaran naib juara Piala Premier. Pasukan pancaragam STAR mengukir nostalgia indah dengan muncul tempat ketiga pertandingan kawad kaki formasi peringkat Negeri Perak. Skuad hoki ‘Anakonda’ pula menjuarai liga sekolah-sekolah Ipoh. Seorang warga 47 telah mendapat tempat ketiga pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Syabas Batch Of 47! Program Perkampungan Ilmu anjuran pihak sekolah dengan kerjasama STAROBA Utara menjadi medan untuk mengintai peluang pengajian selepas peperiksaan. Sambutan Jubli Emas juga meninggalkan kenangan buat kami. Pengalaman berarak dari Ashby Road ke STAR terlalu bermakna untuk diingati kerana kami telah turut bersama dalam satu lipatan sejarah STAR. Keberangkatan Sultan Perak mencemar duli ke STAR amatlah dihargai. Gelas waktu yang berada dalam genggaman kami ini bakal menemui titisan-titisan memori terakhirnya. Segala suka-duka yang dikongsi akan menemui noktahnya. Sempadan waktu ini akan memisahkan segalanya. Selepas ini lenyaplah hidangan eklusif ‘Keramat’ dining hall, tiada lagi sorakan irama ‘Clapping Song’ lagu penaik semangat, tiada lagi ‘Lot 10’ lambang singgahsana yang kian luntur keagungannya, tiada lagi wajah-wajah manis untuk dijadikan teman pelengkap kehidupan di mayapada ini, tiada lagi ‘Songkok’ tempat raja bersemayam, tiada lagi ‘Airport’ warisan berzaman dan mimpi indah di ranjang kembar kian berlalu pergi. Ia pasti tidak akan menyinggahi kami lagi. Hangat kemarau, dingin salju, dedaun luruh dan mekar berbunga kami susuri. Di luar kesedaran kami, sauh bahtera ini akan dilabuhkan buat selamanya. Tiada lagi pelayaran bahtera 47 pada musim depan. Semarak api perjuangan kami ini berbaur dengan seribu keresahan. Medan menguji minda yang bakal menentukan hala tuju kami menjelma. Akhirnya 12 November 2007 yang dinantikan tiba jua. Berbekalkan doa iringan ayah dan bonda, guru-guru tercinta dan adik-adik tersayang, kami melangkah ke dewan keramat di mana bermulanya segala peristiwa bermakna buat STAR dan kami mula menarikan pena diatas koran-koran jawapan. Diharap 5 musim di STAR ini akan ku abadikan dalam hidupku. Semoga seluruh warga LEOnairats akan Berjaya dalam bidang yang diceburi. Tirai musim kelima ini dilabuhkan dengan linangan air mata. Selamat tinggal sekolahku, kami pasti akan kembali dengan kejayaan.

Tuesday, November 25, 2008

na teg2 sangat..bace la..

7 facts about me
  • fikri rahmat bin mohammed fauzi and no such name in this world.im the only one!
  • music addict
  • gentleman(perhaps)
  • exSTARian aka the oldboy (STAROBA)
  • 18 this year(the exact age is 18 yrs,6 month,13 days,4 hours, 30 minute,4 second from time this blog posted)
  • fuck hypocryte(hate them all bloody much)
  • suck at lying(dunnu how to lie)

7 things which i afraid most
  • the only one god(thanx god..im still remember you)
  • phobia of height
  • afraid of bulldog
  • ghost aka jenglot,hantu raya and etc(who eat chilli and he the one who fell spicy)
  • no friends and being lonely
  • no ringgit malaysia
  • being in a small and dark room(ive been throught it)


7 song that make me lost
  • Britney ft Erick Right - Womenizer(cant stop playing at it)
  • David Archuleta - Crush
  • Jesse McCartney - It's Over 
  • Craig David - Officially Yours
  • Lady Gaga & Colby O'Donis - Just Dance
  • Akon - Right Now(Na Na Na)
  • The Jonas Brothers - Lovebugs
  • The Script - Breakeven
7 word that i always said

  • alhamdullah
  • subhanallah
  • allahuakbar
  • yarhamkallah
  • bismillah
  • alfatihah~
  • ya Allah


7 things that worth very much in my life
  • friendss and im gonna die without them
  • my heart and of coz i cant breath without it
  • my parent beloved parent because there are everything to me
  • my laptop(i would do everything for it)
  • paunsterling
  • 9000512-08-****(my ic)
  • all my memorial stuff

7 first things in my life

  • see the world for the first time
  • speak with celine dion
  • meet up mariah carey at one utama(yoyoO je)
  • joining the old boy weekend in my old school
  • learn how to speak french(but now almost all the word i've forgotten)
  • know how to calculate 1 minus 2 and the answer is 2 will fall down(ngeh3)
  • first time being announce as the best student during my pimary school(gosh,im proud of it)

p/s:my pict will be posted soon..sory for that

Saturday, November 22, 2008

miss my old phone






Pada hari Ahad yang jatuh pada 16 November 2008, aku telah kehilangan hp kesayangan ku. Act bukan hilang, kena pickpocket di KTM. Pergh, gundah gulana perasaan masa tu, hanyer tuhan saje yang tahu. Untuk Pengetahuan korang sume lagi 11 hari genap aku pakai hp Sony Ericson ni setahun dari tarikh hp aku kne pickpocket. Aku ingat lagi aku beli hp ni di Ipoh Parade pada 28 Nov 2008 bersame teman-teman lame LEOnairtas.Phydo,ammar dan Umar.Bile mau reunian guys.Susah la nak jumpa korang sekarang ni. Nak dijadikan cerita, hari Ahad tu aku dan Fad dah plan untuk balik sekali dan meetup dekat puduraya. Plan meetup di sane dalam pukul 2, disangka panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Setelah hampir 3 jam menunggu di Puduraya barulah Fad tiba. Adeih, mase tu dah la hujan. Taleh na kua jalan-jalan. Aku pun lepak-lepak dalam KFC depan pudu. Pergh, nak dekat RM20 duit aku habis mkn je. Ni pasal menunggu makhluk Fad la ni. Tapi tape, kawan punyer pasal kan. Dah tu, ktorg pun naek la STAR ke B.Tasik Selatan, smpi disane tukar train n naik KTM menuju ke Serdang. Masa tu memang pick hour, orang sesak babi nyer. Time nak naik KTM tulah aku kne tolak-tolak. Dalam 5 minit dalam KTM tu, sorang gurl India perasan yang hp dia hilang. Aku pun dah cam cuwak semacam je. Then aku pun cek gak la hp aku, pergh, rase cm na runtuh jangtung ni. Hp aku sudah tade dalam aku punyer puckot. Aku speachless mase tu. Tergamam kaku. Then tetiba sorang lagi passanger KTM prasan gk hp die hilang, pergh, power la sial pickpocket tu. Sekali 3 hp dia amik.Memang salute sama kau wahai "Makhluk Durjana". Aku sumpah kau jadi babun ta berbulu. Sampai je Serdang, aku try call hp aku tu. "Makhluk durjana" tu dah off hp aku. MEmang panas membara la masa tu. Yang aku tention tu, kalau na amik hp tu amik la, tapi bagi la balik sim card dia. Adeih, habis semua number-numbers member2 aku hilang, so, kalau korang mau number baru aku, private msg aku.Ish, memang tention gila babi la mase tu. Dah la baru topup, act aku topup pn mase cz tuk dapatkan Hotlinkgift. Im going to get 500 free sms if TopUp more than RM10. Even credit aku mase tu tade la banyak sangat pun. Ade la dalm RM20 je, tapi ish3, numbers member ta sempat na backup.Ta guna punyer "Makhluk PAling Kurang Ajar".Kalau aku tau la sapa, aku nak letak dia dalam kandang buaya & bagi makan kat buaya hidup2 tapun campak dalam sungai Amazon yang banyak ikan Phiranna. Hmm, aku dah pasrah. Na buat camaner, benda na jadi kan.Redha je la. In a nutshell, jage la elok-elok korang punyer hp mahupun dompet.

Friday, November 21, 2008

selamat datang ke blog ku


Salut to everyone and welcome to my blog.This blog is still in construction and its 3.2% done.A lot more thing to do in this blog.I love photography bloody much.Edeting pictures  is my passion.I think thats all for now.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...