Monday, May 10, 2010

walaupun kecundang, kau tetap di hati ku MU!

Listening: Shakira ft. Freshlyground - Waka Waka(This Time For Africa)
Watching: TV3
Playing: FB

"goolllllllll!!!!!!" jerit penyokong2 manu lepas gol pertama milik manu hasil jaringan fletcher. gua caya la sama lu manu. aku dengan semangat nye menyanyi2 lagu "when man u..when man u goes marching in..throught out the world.... bla bla bla" sambil menggigit-gigit straw kat tangan sebab air dalam cawan dah habis. aku sedikit kecewa sebab musim ni manu tak dapat peluang jadi juara yg jatuhnya kepada chealsea. aku selaku wakil peminat manu yang agak kecewa dan dengan berat hatinya terpaksa mengucapkan "tahniah chealsea!". ala, setakat kalah 1 point, tayah bising la doe. SATU POINT JE KOT!


season depan aku suruh ferguson letak jawatan kasi aku jadi manager man u. konfirm tiap2 game aku sponser ticket kat budak2 malaysia yg nak g tengok game man u esp budak2 uniten pusaka tesayang.

tapi tahniah juga buat manu sebab bantai stoke 4 - 0. wohoo!! walauapapun badai melanda pantai, banjir membasahi bumi, jerebu menutup udara, tsunami melanda darat, puting beliung meredah tanpa pilih kasih, 'kau tetap dihati ku manchester united'.

interview aku dgn mizz nina yg tengah famous dgn lagu what u waiting for.
mizz nina: hye fik, i wanna ask you something. can i?
fikri: yeah, my pleasure dear.
mizz nina: what do you think about red?
fikri: i just think about manchester united, manchester united and manchester united.
mizz nina: i guest u r a big fan of man is it?
fikri : yeah babe!

Saturday, May 8, 2010

cuci-cuci service

Listening to: Aizat - Susun Silang Kata
Mood: Superhappy
Playing: CS

sedang aku syok2 melalak dengar lagu 'awie - tragedi oktober' dengan sound woofer ehsansniper, tiba2 satu perasaan yang tak dapat ditahan mula menyerangku. badan ku mula rasa kesejukan walaupun suhu malaysia ni dah mencapai 38darjah celsius, bulu2 roma aku mula menaik dengan tidak semena-menanya. ini menandakan aku sakit perut nak berak. tanpa berfikir panjang, aku capai tuala dan sepantas kilat menuju ke tandas yang jauhnya 5 langkah dari bilik ku.

"urrghhhhhhhh......urghhhhhhhhhh...urghhhhhhhhhh..." setelah beberapa minit berada dalam keadaan yg kritikal, akhirnya, "alhamdulillah..lega rasanya..hilang bebab aku". aku lihat keliling tandas, "uishhh, ni toilet ke ape ni?" aku megambil keputusan tuk basuh toilet rumah.

"wei amir, tolong aku basuh toilet", "sorry la wei, aku busy la" jawab amir, "busy la sgt, sibuk ym dengan spe ntah..hahaha" balas aku, tape wei, aku dah biasa buat kerja sorang2 ni(ayat touching) lol. aku terus amik baldi, sabun breeze n berus jamban. kerja2 cuci dimulakan. lepas 10 minit menyental dinding tandas, aku mula beralih ke bilik air pula. selesai sudah cuci-cuci servise aku. aktiviti cuci-cuci ni selalunya aku buat tiap2 hujung weekend. rajin tak aku? so sweet. ;F

khusyuk basuh bilik air sampai kan paparazzi amik gambar pun tak perasan. lol
sebelum dan selepas, macam tak de beza je aku tgk. kotoran dia degil sgt la. aku rasa kena pakai clorox kot.

Thursday, May 6, 2010

jalan2 cari makan

Listening to: All American Rejects - Womenizer
Playing: Texas Poker
Mood: Starving n waiting

terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi pusaka uniten ni bagi mengorak langkah memulakan "semester istimewa" aka "special semester". terasa seperti semalam aku membeli mee goreng sedap kedai said berdekatan rumah aku untuk dijadikan santapan dikala kelaparan. Terasa baru semalam aku packing barang dan mencari2 stoking yang rupanya terselit dibawah meja. Padahal nak dekat sebulan sem ni start. nx week mid term kot! Oo, cepatnya masa berlalu.

sebenarnya aku nak ajak korang makan kat will.I.am. lebih spesifik ianya terletak di latitud (123.42 , 234.45). iaitu di kelana jaya. kedai dia memang kalau tengok kandang lembu lagi chun. kot!tapi makanan dia sedap beb! harga pun boleh tahan la. dengan berbekalkan perut yang penuh dengan irama gendang yang dipalu.

"boss, order!!" taukay dia datang dengan berpakaian baju putih pagoda dan seluar tidur kotak2 pendek dan tergantung apron bunya2 kat lehernya. muka cina, tapi dia muslim ok. kire halal la makan kat situ "saya nak nasi chicken marryland, triple h, nasi gereng napolean, spegheti bolognise " act adeberapa lagi yg kami order, tapi nama menu sangat pelik dan susah untuk diingati. "air pulak kami nak pinkpanther, chocolate, kelapa laut longan,honey malt, avocado, peach" air pulak semua nak gelas2 sebesar2 jag. hamik kau! besar gedabak air dia.

makanan pun sampai, tapi semua tak habis makan sebab dah kenyang. mak pesan, "membazir itu saudara syaitan", kami taknak jadi saudara syaitan. "bang, ade polisterin tak? kami nak tapau". ahaha.

tapi makan dia "MANTAT BEB!!" eh silap, "MANTAP BEB!!"




tak sempat nak amik gambar yang lain sebab kodak filem dah habis.

p/s: latitud tu aku bantai je. ahahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...