Tuesday, February 16, 2010

Pendatang Asing, sah ataupun haram

Assalamualaium dan salam Satu Malaysia buat semua pembaca blog yang budiman. Buat entry kali ini, saya akan membicarakan perihal pendatang asing yang datang di Malaysia. Untuk entry kali ini juga saya akan menggunakan bahasa formal. Sudah lama tidak mengarang karangan sejak meninggalkan bangku sekolah dahulu. Jadi, sekiranya ada kesalahan tatabahasa, saya minta maaf.

Sebagai mukadimah, anda semestinya tahu apa itu pendatang asing. Pendatang asing adalah dua suku kata perkataan Melayu yang merujuk kepada orang asing yang datang ke sesebuah negara. Secara amnya, pendatang asing terbahagi kepada dua iaitu secara sah dan secara haram. Di malaysia, kaum-kaum yang datang secara permit sah ataupun permit yang sudah tamat tempohnya digelar Pendatang Asing Tanpa Izin atau lebih dikenali sebagai (PATI). Pada entry kali ini, saya ingin menluahkan perasaan saya tentang kebanjiran pendatang asing ini di bumi bertuah Malaysia.

Saya merupakan seorang pelajar universiti tempatan, setiap kali pulang ke rumah mahupun pulang semula ke kampus. Saya akan menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan lrt. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari. Saya ingin pulang ke rumah. Seperti biasa, saya akan menaiki lrt untuk sampai ke Puduraya. Di salah satu perhentian lrt tersebut, orang memang sangat ramai. Ha, dikesempatan ini la penyeluk-penyeluk saku giat melakukan kerja mereka. Penyeluk-penyeluk saku ni adalah terdiri daripada warga asing. Saya tengok sahaja gelagat mereka. Bagaimana cara mereka mencuri tanpa kita sedari. Dalam keadaan sesak, kita memang tak perasan mereka ini. Mereka akan menyendeng-nyendeng dekat kita. Kita akan fikir yang mereka itu mungkin ditolak atau berada dalam keadaan sempit, tapi sebenarnya inilah masa mereka untuk menyeluk saku bagi menganbil telefon bimbit dan dompet. Nasib baik pada masa itu, saya tidak masuk dalam lrt tersebut. Selepas itu, di pintu lrt lagi satu sebelah kiri saya, kedengaran orang menjerit dan kelihatan kelibat orang sedang melarikan diri. Rupa-rupanya telefon bimbit seorang wanita telah diambil oleh penyeluk saku itu tanpa dia sedari. Penyeluk saku itu lari lintang pukang dan kabur tidak dapat dikejar. Kesimpulannya, jangan simpan telefon mahupun dompet ataupun apa-apa barang berhar di dalam poket seluar anda.

Bandar Klang, Bandar Diraja. Kalau anda pergi ke Bandar Klang, anda akan terfikri “Eh, aku kat Malaysia ke ni?”. Hal ini kerana kebanjiran warga-warga Bnagladesh memenuhi bandar Klang. Bukan sahaja warga Bangladesh, tapi mereka terdiri dari warga indonesia, myanmar,india dan sebagainya. Saya mengecam mereka melalui dialek percakapan mereka. Saya tidak pasti samada mereka semua ini memiliki permit yang sah ataupun mereka ini adalah PATI. Pernah sekali ketika saya menaiki bas di Klang, hanya terdapat 4 hingga 5 orang sahaja warga tempatan kita manakala yang lain dipenuhi dengan warga asing. Saya secara jujurnya sakit mata lihat situasi ini. Selain itu, kebanyakkan kegiatan ekonomi disana juga dimonopoli oleh warga asing. Gerai-gerai di sekeliling perhentian bas itu, semuanya hak milik warga asing. Kemana perginya warga tempatan. Pemandu bas juga ada yang bukan warga tempatan kita. Dah la tu, mereka pula membawa bas seperti tidak memifikirkan keselamatan penumpang. Secara jujurnya lagi saya katakan, saya sakit mata melihat Bandar Klang ini depenuhi dengan warga asing. Hal ini sekaligus merosakkan imej Bandar Klang sebagai Bandar Diraja.

Sumber tenaga pekerja asing sangatlah menjadi isu yang hangat pada masa kini. Majikan-majikan lebih suka untuk mengambil warga asing ini untuk bekerja dengan mereka kerana mereka tidak kisah tentang bayaran.Ada majikan yang tidak peduli tentang taraf kedatangan mereka samada haram ataupun sah. Tetapi pada mereka yang mengambil berat tentang isu ini, SYABAS buat mereka. Apa yang pekerja asing ini dapat sudah memadai untuk menyara kehidupan anak bini mereka dikampung asal mereka. Kita semua tahu yang setiap bulan, mereka akan menghantar wang kepada ibubapa mereka ataupun anak bini mereka dikampung. Hal ini sekaligus tidak menyumbang kepada kenaikan ekonomi negara kita. Malahan ekonomi negara asal pendatang itu akan meningkat. Kalau difikirkan, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada Malaysia buat tempuh masa panjang. Mereka sepatunya mengambil peribaha melayu ini sebagi rujukan, “Hujan batu dinegeri orang, hujan emas dinegeri sendiri”. Mereka harus membanting tenaga empat kerat untuk mencari kerja ditempat asal mereka. Bukan memenuhkan negara orang dan melakukan perkaran yang tak sepatutnya. Dan sekiranya kita kekurangan pekerja, ambillah penganggur-pengangur di malaysia ini. Sudah tentu cukup untuk memenuhi ruang pekerjaan kosong. Tapi, rakyat tempatan pula jangan la malas untuk bekerja. Mereka fikir dengan segulung ijazah yang mereka dapat, mereka nak terus kerja sebagi exakutif, pegawai dan sebagainya. Mulalah dari bawah.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang datang secara haram juga mendatangkan masalah perumahan. Hal ini kerana mereka akan membina rumah-rumah setinggan yang akan merosakkan imej negara melaysia. Selain itu, mereka akan membina tapak-tapak perumahan yang baru dengan menarah hutan. Permasalah ini juga mengundang kepada pandangan orang yang datang melancung ke Malaysia. Apa yang akan mereka fikri tentang malaysia apabila meraka lihat segerombolan manusia duduk dan tidur dibawah-bawah jambatan yang dijadikan tempat mereka berteduh. Sudah tentu mereka akan membawa tanggapan yang negatif terhadap Malaysia dan membawa cerita yang negatif tentang Malaysia ke Tanah Air mereka.

Kesimpulannya, kebanjiran warga asing di Malaysia semakin meruncing. Pihak berkuasa haruslah mengambil inisiatif untuk membendung masalah ini. Saya cadangkan supaya menghadkan kemasukan warga asing yang datang untuk bekerja di Malaysia selain mengetatkan kawalan diperairan semenanjung kita. Akhir kata dari saya, Cintailah Malaysia dan Salam Satu Malaysia.

3 comments:

FaizalSulaiman said...

syabas! tp tulah..entah bila jumlah mrk akan berkurang..

Hafiz Roslan said...

tl;dr ;p

jaja kachak. said...

hal ni dah lama. goverment dah try mcm2 dah nak prevent. tp nak buat mcm mana. mereka ada perangai-tak-tahu-malu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...