Monday, December 27, 2010

harimau malaya mengaum!

yeah!!sememangnya harimau malaya tak boleh kalah kepada Garuda. ternyata kehebatan malaysia terbukti atas kemenangan keatas skuad indonesia semalam. bukan 1-0, mahupun 2-0 tapi 3-0. oh malaysia! tanah tumpahnya darahku.

kat fb status macam2 andaian dibuat, salah satunya "hari tu lawan vietnam tiket harga rm20 kita menang 2 - 0, malam ni harga tiket rm30 kita menang 3 -0". dan betul kita berjaya bwak balik piala tersebut. tahnia buat Safee Sali
n Asaari atas jaringan anda.

pasal hal laser, itu bukan kayu pengukurnya. dah malaysia main mantap kot semalam. acah2 la kau keeper indonesia. hahahaha. Penganjur terpaksa merayu kepada penonton supaya tidak terus membuat kacau! Ledakan mercun kedengaran. Pemain-pemain kebengangan!. tapi cayalah supporter malaysia, korang mmg best!!!

start second half supporter indon dah mula balik, mungkin mereka kecewa dengan kekalahan ataupun cuba untuk menerima hakikat kekalahan mereka malam semalam.


Wednesday, December 22, 2010

UNITEN CUP 2011


Listening :Misz Nina - What You Waiting For
Thinking:
"Ape masalah kau ni??"


oh ya, post ni sepatutnya dah diupload minggu lepas. tapi macam2 kekanngan berlaku, natijahnya, baru berkesempatan nk buat entry ni.


uniten telah menganjurkan UNITEN CUP 2011 bagi mencungkil bakat pemain2 bola sepak dalam erti kata lain "to find a new talent" selari dengan motto uniten "Generates Profesionals". aku selaku ajk yang terlibat telah diberi mandat untuk membantu memeriahkan program ni. setahun sekali kot.
berlngsung selama lebih kurang sebulan lebih dan akan berakhir pada 23 januari nanti. selamat hari jadi warga 23 januari!!!

ni antara gambar first match n second match. gambar2 lain akan menyusul. sila pergi ke link ni

Monday, December 20, 2010

Malaysia VS Vietnam

Listening to: Jason Derulo
Mood: Lazy

baru nak update, sangat busy semester ni.
hmmm, umum sudahpun mengetahui baru2 ni Malaysia telah berjaya memenangi perlawanan separuh akhir first leg menentang Vietnam. Kedua-dua gol kemenangan dijaringkan oleh striker Selangor Safee Sali. Mantap beb!

Nwy, separuh masa pertama Malaysia menunjukkan permainan menarik dengan beberapa cubaan pada gol lawan. Stadium bukit jalil tu dah macam nak roboh dengan jeritan penyorak yang tak kering tekak memekik "malaysia, o malaysia". aku pun dengan rasa bangganya menjerit "raja gopal, i luv u". hahaha. bukan senang untuk aku keluarkan ayat2 begitu.

tak sabar untuk tengok final malaysia lawan indonesia. kasi tapau itu indon. insyallah kita bertemu di stadium bukit jalil nanti. see u there.







Tuesday, December 14, 2010

Tun Dr.Mahathir Lecturer Series

Listening to: 2PM - Again & Again
Mood: Futsal

uish, bulan ni baru update satu post jje. nampak sangat la kebusian aku. hahaha, macam2, sekarang ni pulak terlibat dalam uniten cup 2011. semakin susah la nak update.




gambar sekitar majlis Tun Mahathir Lecturer Series yang berlangsung di Dewan Seri Sarjana, UNITEN. yang paling best dapat kupon makan free. yeahaaa.

Tuesday, November 30, 2010

fresh new start

Listening : Bruno Mars - Grenade
Mood: Sleepy

semalam hari pertama untuk tahun kedua aku di uniten. ya, ku akui, bukan main berat hati aku nk tinggalkan rumah. yela, ayam n sawah siapa nak jaga bile ketiadaan aku nanti. tapi, bagi menyahut tuntutan menuntut ilmu, aku gagahi juga.

diharap pada semester ni, naiklah cgpa aku dan dapat buat lagi ramai kawan. amin. ok. enought for now. aku nak sambung tidur.

Tuesday, November 2, 2010

final!!its over

Listening to: Maafkan Kami - Altimet
Mood: Homie

O yeah, hari ni last paper untuk first year. merrdekaa..merdekaaa. cant wait to back home. dah lama tak balik kg. yeahhh. tiba2 terasa cuwak pulak teringat xm last paper tadi, macam boleh buat, tapi macam tak boleh buat. dayumm..aku tak suka perasaan macam ni.

bile cuti nanti, im start missing u guys my buddy. tapi cuti kejap je. pejam celik2 nanti dah masuk new semester. cuti ni aku nak pulun tidur puas2, makan banyak2, tengok semua cerita yg termiss dan macam2 lagi.

tadi masa tengah2 packing barang untuk esok, macam2 khazanah aku jumpe. ada untungnya aku kemas barang tadi.

happy holiday friends!

pegi malbourne tu belikan la ole2 tuk aku!
kau jgn nak pegi gym kat rumah, tgu nx sem!
lepas cuti sem ni kurang2 la pancing ye.
sangap ipod ni. pinjam?
nanti aku datang muar!
ok..kau couple la balik dengan dia. aku suka!
wei, pinjam pc kau..nak main dota!(kecewa sebab dota dh kena delete)

Friday, October 29, 2010

happy birthday sikacak bergaya

Listening to: Yuna, Najwa, Liyana Fizi & Mira(Tilu) - Itulah Sayang
Mood: Final XM

venue-coe food court
time-almost 12
date-29 oct

29/10..bukan 27/7 yee..happy birthday haikal kb! wishin u all the best buddy! jadi artis fayymous jangan lupe ktorang! itu je pesan aku. xP. kau pun dah besar panjang kan. moga kau dapat apa yang nak dalam hidup kau.


Friday, October 22, 2010

busy week

study week
nx week dah start final xm
tak sempat nak update perkembangan terkini.
selamat study!

Wednesday, October 13, 2010

happy brithday jacq

Listening to: Tino Coury - Diary
Mood: Swing

happy birthday jacquline hencdrick. have a blast of life. bertempat di castle kg baru,'tempat tu baru je kne ambush beberapa minute sebelum ktoragn sampai, staff pun tinggal berapa kerat je. padan muka, amik lagi pekerja asing. hahahaa'. ktorang buat suprice birthday celebration.

plan a bertukar jadi plan b, birthday girl lambat sampai pulak, 130 baru sampai. nasib baik hari ni tade main telur n tepung. kau beruntung. ;D lepas nyanyi lagu birthday, makan kek n melantak. lepas tu main game "ini adalah ujian pendengaran, ini adalah unjian penglihatan,"

bengang gile bile dorang semua tak dapat teka jawapan. lagi2 kak sal, siap sepak2 meja. gangster bukan? ;P sedar2 tak sedar, jam dah pukul 330 pagi. mata dah penat. nasib baik class keesokkanya pukul 2 ptang.

Thursday, October 7, 2010

raja shushi

Listening to: Ahmir - Just The Way You Are
Mood: Happaaayyy

o yee..bila perut lapar, apala lagi, jalan2 cari makanan la. plan mula2 nak pergi cari burger king. katanya ada promotion. 1 burger = rm1. ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahhari. sampai2 je alamanda, 'THE PROMOTION IS SOLD OUT'. luluh hati ni. kempunan nak makan burger king yang harga seringgit. ;(

pucuk cita, ulam mendatang. terima kasih aim sebab belanja raja shushi. kaula sahabat dunia akhirat. 'ayat ampu nak mintak belanje lagi' hahaha. lepas ni giliran sape pulak? ;D


Tuesday, October 5, 2010

flybaits brothers

Listening: Ahmir - Just The Way You Are
Mood: Gile2

flybait


Friday, October 1, 2010

beraya dengan anak2 haji sidol

Listening: Trax-Oh My Goodness
Mood: Full
Watchin: tv3

hari ni 1 oktober, bertempat di tasik sungai buah, bangi. anak2 keluarga haji sidol telah menngadakan majlis sambutan hari raya. meriah betul. siap ada banner. dah macam kenduri orang kawin aku tengok. ada persembahan gamelan lagi tu. meriah tak?

sebenarnya aku tade kaitan pun dengan keluarga haji sidol tu, dude yang ajak datang. habis semua sanak saudara keluarga haji sidol datang. macam2 makanan tersedia. semua mantap! masa ni la aku nak bedal satay banyak. kalau hari biasa susah nak makan satay.

lepas makan, apelagi, camwhore la kat tasik tu.

terima kasih dude cantik!


Thursday, September 30, 2010

beraya dengan Mak Dara

Listening: 4minute - Hot Issues
Mood: Yeay

pernah dengar jamu Mak Dara. tak tau? kalau kat botol jamu tu ada gambar perempuan ala2 60's pakai kebaya macam kerengga sambil pose pegang kepala. uish, dara habis. ;D few days ago, bertempat di taman melawati, ada open house jamu mak dara. terima kasih sikacak bergaya haikal sebab bawak ktorang.

sampai sana fuhhh, ramai nak mati orang. wartawan n artis bersepah. jalan pun kena cover macam artis. hahaha. semua cover je, padahal excited nampak artis depan mata. gile kau, kalau dah lisa surihani depan mata, tak goyang lutut? haha. tapi lisa tade semalam. :(

bab makanan pulak..mantap! terbaik dari mak dara. terima kasih mak dara. ;D lepas sesi melantak, ape lagi, sesi bergambar la. "1, 2 ,3, pose" dan di bawah ni la hasilnya.
atas-bersama wartawan2 harian metro dan founder jamu mak dara.
tengah-alyah..tak mungkin kerna sayang
bawah-en. habib. anak kepada founder jamu mak dara.

promote jamu mak dara kejap. ;D

Wednesday, September 22, 2010

beraya di teratak salmi

Mood: Full
Playing: FB
Watching: Jay Sean - 2012 (It Ain't The End) ft. Nicki Minaj

"mari-mari, jemput la datang rumah, ada majlis makan2 skit" kata kak salmi. ktorang ape la lagi, dengan perut kosong. memecut laju ke seksyen tiga. terima kasih untuk satay tu ye. makanan semua sedap! ;D

dapat duit raya lagi tu, pergh. dah tua2 pun dapat duit raya. tapi sape tanak duit kan. thnx you ummi(mak kak salmi). ;D sesape yang ade buat open house tu, jemput2 la aku ya. kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. ;D

yang berbaju kurung hijau bunga2 itu la tuan rumah. kak salmi. ;D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...