sekejap je, dah seminggu lebih berhari raya. baru ade kesempatan nak update blog ni. fiuhh, raya tahun ni memang sakan habis. merata2 aku jajah. haha. sekang dah balik kampus. urghh, malasnye nak study. kalau la cuti sambung sebulan lagi. indahnya dunia. ;D
Monday, September 20, 2010
Friday, September 10, 2010
selamat hari raya eid 2010!!
Listening to: raya song
Mood: beraya
Playing: Mercun
"indahnya sungguh dihari raya, ramainya orang bersuka ria. adikku manis cantik bergaya boleh kah abang ikut bersama?" wa, aku sangat gembira. hari ni raya. tapi kalau nak dibandingkan raya zaman kecik2 dlu lagi meriah daripada raya bile dah besar panjng ni. duit raya pulak makin skit. T_T sob sob 'haikal, sambung.'. ;D
sempena hari yang mulia ni, aku nak mohon maaf kalau ada tersalah cakap, terpukul tak sengaja, terkutuk mana2.
buat LEOnairats n geng2 uniten
.MAAF ZAHIR & BATIN.
kalau dlu masa kecik2, muka memang la tembok kan. pergi kampung sebelah, main singgah je rumah orang. tak kenal pulak tu. "knock, knock, assalamulaikummm, kami datang nak raya". "ni nak raya ke nak duit raya ni?" tanya tuan rumah. tanpa segan silu aku menjawab, "duit raya pakcik". pakcik tu pun bagi la duit raya. tak sempat nak masuk kami terus blah. memang gile kan. hahaha
raya di kampung meriah bukan? semua saudara sepupu sepapat berkumpul. bagi aku, pengalaman untuk balik kampung memang takde, kenapa? sebab aku duduk kat kawasan kamgpung, rumah nenek aku depan rumah n belakng rumah aku. so, takde la nak bergaduh bile tiap2 raya nak balik mana. kan.
perang mercun dengan jiran sebelah sudah menjadi kepastian. perang dengan mercun roket. woooo!! raya..raya..raya..
ok la, aku nak sambung beraya ni. sekali lagi, selamat hari raya dan jemput la datang rumah! ;D
Thursday, September 2, 2010
23 ramadhan(versi masjid2 sedunia)
Listening to: Random song
Mood: Kuih raya
Playing: Mercun
"merdeka!! merdeka!!" selamat hari kemerdekaan melaysia. aku salute la pahlawan2 yang berjuang untuk memerdekakan malaysia. amik kau tabik spring. ;D sedar tak sedar, dah masuk hari ke23 ramadhan. ya, aku masih lagi puasa penuh. kau macam mana? mesti ade ponteng kan.
sungguh indah bukan masjid2 yang ada di dunia ni. kreatif bukan mereka? gambar diambil masa pergi terengganu beberapa bulan lepas. so, marilah kita memeriahkan masjid dengan pergi tarawikh ramai2 ye. kalau cantik je, tapi kosong buat ape kan.
oh ya, esok aku start semester break. gumbira sungguh rasa dihati. mana taknya, dalam 2 bulan duduk uniten, ni baru second time nak balik rumah. "what?? baru second time?? aku sendiri pun macam tak percaya je. tak sabar nak balik rumah ni. tunggu aku stesyen bukit jalil. aku nak memeriahkan cuti balik kampung ni. weeee ;D
Subscribe to:
Posts (Atom)