Thursday, September 30, 2010

beraya dengan Mak Dara

Listening: 4minute - Hot Issues
Mood: Yeay

pernah dengar jamu Mak Dara. tak tau? kalau kat botol jamu tu ada gambar perempuan ala2 60's pakai kebaya macam kerengga sambil pose pegang kepala. uish, dara habis. ;D few days ago, bertempat di taman melawati, ada open house jamu mak dara. terima kasih sikacak bergaya haikal sebab bawak ktorang.

sampai sana fuhhh, ramai nak mati orang. wartawan n artis bersepah. jalan pun kena cover macam artis. hahaha. semua cover je, padahal excited nampak artis depan mata. gile kau, kalau dah lisa surihani depan mata, tak goyang lutut? haha. tapi lisa tade semalam. :(

bab makanan pulak..mantap! terbaik dari mak dara. terima kasih mak dara. ;D lepas sesi melantak, ape lagi, sesi bergambar la. "1, 2 ,3, pose" dan di bawah ni la hasilnya.
atas-bersama wartawan2 harian metro dan founder jamu mak dara.
tengah-alyah..tak mungkin kerna sayang
bawah-en. habib. anak kepada founder jamu mak dara.

promote jamu mak dara kejap. ;D

Wednesday, September 22, 2010

beraya di teratak salmi

Mood: Full
Playing: FB
Watching: Jay Sean - 2012 (It Ain't The End) ft. Nicki Minaj

"mari-mari, jemput la datang rumah, ada majlis makan2 skit" kata kak salmi. ktorang ape la lagi, dengan perut kosong. memecut laju ke seksyen tiga. terima kasih untuk satay tu ye. makanan semua sedap! ;D

dapat duit raya lagi tu, pergh. dah tua2 pun dapat duit raya. tapi sape tanak duit kan. thnx you ummi(mak kak salmi). ;D sesape yang ade buat open house tu, jemput2 la aku ya. kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. ;D

yang berbaju kurung hijau bunga2 itu la tuan rumah. kak salmi. ;D




Monday, September 20, 2010

seminggu berhariraya

sekejap je, dah seminggu lebih berhari raya. baru ade kesempatan nak update blog ni. fiuhh, raya tahun ni memang sakan habis. merata2 aku jajah. haha. sekang dah balik kampus. urghh, malasnye nak study. kalau la cuti sambung sebulan lagi. indahnya dunia. ;D

meriahnya raya kat kampung. siap makan atas daun pisang tu..hahahaha.

selamat berhari raya sebulan ya. ;D

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya eid 2010!!

Listening to: raya song
Mood: beraya
Playing: Mercun

"indahnya sungguh dihari raya, ramainya orang bersuka ria. adikku manis cantik bergaya boleh kah abang ikut bersama?" wa, aku sangat gembira. hari ni raya. tapi kalau nak dibandingkan raya zaman kecik2 dlu lagi meriah daripada raya bile dah besar panjng ni. duit raya pulak makin skit. T_T sob sob 'haikal, sambung.'. ;D

sempena hari yang mulia ni, aku nak mohon maaf kalau ada tersalah cakap, terpukul tak sengaja, terkutuk mana2.
buat LEOnairats n geng2 uniten
.MAAF ZAHIR & BATIN.

kalau dlu masa kecik2, muka memang la tembok kan. pergi kampung sebelah, main singgah je rumah orang. tak kenal pulak tu. "knock, knock, assalamulaikummm, kami datang nak raya". "ni nak raya ke nak duit raya ni?" tanya tuan rumah. tanpa segan silu aku menjawab, "duit raya pakcik". pakcik tu pun bagi la duit raya. tak sempat nak masuk kami terus blah. memang gile kan. hahaha

random photo dari laptop aku. kawasan sawah padi n jalan yang tak berturap

raya di kampung meriah bukan? semua saudara sepupu sepapat berkumpul. bagi aku, pengalaman untuk balik kampung memang takde, kenapa? sebab aku duduk kat kawasan kamgpung, rumah nenek aku depan rumah n belakng rumah aku. so, takde la nak bergaduh bile tiap2 raya nak balik mana. kan.

perang mercun dengan jiran sebelah sudah menjadi kepastian. perang dengan mercun roket. woooo!! raya..raya..raya..

ok la, aku nak sambung beraya ni. sekali lagi, selamat hari raya dan jemput la datang rumah! ;D

Thursday, September 2, 2010

23 ramadhan(versi masjid2 sedunia)

Listening to: Random song
Mood: Kuih raya
Playing: Mercun

"merdeka!! merdeka!!" selamat hari kemerdekaan melaysia. aku salute la pahlawan2 yang berjuang untuk memerdekakan malaysia. amik kau tabik spring. ;D sedar tak sedar, dah masuk hari ke23 ramadhan. ya, aku masih lagi puasa penuh. kau macam mana? mesti ade ponteng kan.

sungguh indah bukan masjid2 yang ada di dunia ni. kreatif bukan mereka? gambar diambil masa pergi terengganu beberapa bulan lepas. so, marilah kita memeriahkan masjid dengan pergi tarawikh ramai2 ye. kalau cantik je, tapi kosong buat ape kan.




oh ya, esok aku start semester break. gumbira sungguh rasa dihati. mana taknya, dalam 2 bulan duduk uniten, ni baru second time nak balik rumah. "what?? baru second time?? aku sendiri pun macam tak percaya je. tak sabar nak balik rumah ni. tunggu aku stesyen bukit jalil. aku nak memeriahkan cuti balik kampung ni. weeee ;D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...