Friday, March 2, 2012

Kenangan oh Kenangan

Kenangan kadangkala perlu dilupakan, yang pastinya itu adalah kenangan pahit. Namun bangi saya, kenangan berada di sekolah dulu memang tidak dapat dilupakan. Mungkin kerasa sejarah sekolah itu sendiri dan juga ikatan sesama berada antara saya dan juga pelajar-pelajar lain. Kekuatan ikatan itu sangat utuh, hinggakan hari ini kami masih "keep in touch" sesama sendiri.

Baru tadi saya bukak Facebook dan tengok-tengok dapat invitation masuk satu group ni, "STAR Green House". Saya berasa teruja seketika nak join group tu, bukan apa, sebab yang join group tu bukan dari kalangan batch kami sahaja, ada yang datang dari batch awal-awal dulu. Saya boleh panggil dorang uncle dah. Mereka sangat sayang akan sekolah mereka sama juga seperti saya. Asal nk buat program, mesti mereka support. Semangat rumah sukan itu sangat mendalam. Oh ya, saya adalah Fivers Green House STAR 2007. Sudah duduk di block green yg cool tu sejak dari form 2 sampai la ke form 5.

Cukuplah setakat ini, tujuan post ni sebenarnya adalah untuk memberitahu kami sayang sekolah kami, walaupun dan bertahun-tahun kami keluar. Kami akan tetap bertandang ke sekolah kami untuk melihat prestasi adik-adik kami nanti. Semoga STAR terus kekal maju dan berdaya saing dalam sistem pendidikan Malaysia. Saya sayang almamater ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...