Saturday, June 20, 2009

Ikatan Di Citra Pengalam Di Tempa, 3 Semester Di Amanah Memahat Nostalgia

Listening to: T-Max - Stand By Me
Mood: Happy
Eating: Kuih muih
Weather: Cool
Playing: Restaurant City n My Space

3 musim diamanah,digapai mesra,
memahat memorabilia nostalgia tercinta.

Pagi ini mega berarak sepi dan sayu dihembus bayu. Sesayu hati aku menyambut mahligai terakhir di daerah nostalgia ini.Semester ketiga. Terasa seperti baru semalam aku bertandang di bumi UNITEN ini, mengarak kain baju, memulakan cinta hakiki terhadap rakan-rakan sebagai sahabat yang dikasihi serta pensyarah2 yang disayangi. Hari yang pasti dilalui oleh insan yang bergelar pelajat IPT. Teringat lagi di semester pertama, sekonyong-konyong aku sampai di UNITEN, aku telah disambut oleh abang2 dan kakak2 faci yg banyak memberi tunjuk ajar selok belok UNITEN. Aku telah di tempat kan di KELOMPOK AMANAH. Terasa kekok jugak menjadi seorang pelajar IPT. Bak kata orang, "Culture Shock". Daripada hingar-bingar di kamar mandi sehinggalah ketawa-riang di dalam rumah. Masih terngiang2 lagi suara kawan2 memanggil-manggil dan riang tawa mereka. Pada semester satu ini jugalah aku mula mengenal kawan-kawan mahupun rakan ataupun sahabat. Arghhh, kenapa masa terlalu mencemburui kita. Pelbagai nostalgia kami lalui bersama. Kenangan di semester dua pula telah menjanjikan kengan abadi yang tidak akan lupus di otak pemikiran ku ini. Kem KOR UNITEN sangat la memberi kenangan buat kami. Ikatan sesama berada tetap mekar utuh di jiwa budak2 A5-04-04.

Segala suka-duka yang dikongsi di kelompok amanah ini akan menemui noktahnya. Sempadan waktu ini akan memisahkan segalanya. Selepas ini lenyaplah bunyi kipas yang kuat dibilik keramat yang aku duduki selama tiga semester ini, tiada lagi "pakguard acaphan" yang sporting memberti kelepasan untuk keluar masuk amanah, tiada lagi suasana amanah yang riuh rendah dimalam hari dengan suara orang bermain DOTA, PES dan CS, tiada lagi mimpi indah di ranjang double bad room yang kian berlalu pergi. Panggilan untuk menyambut ijazah sudah kedengaran. Diharap aku dan teman2 lepas dan sama2 mengemudi laluan masing2 kearah yang dinamik. Hangat kemarau, dingin salju, dedaun luruh dan mekar berbunga kami susuri. Di luar kesedaran ku, sauh pelayaran di AMANAH ini akan dilabuhkan. Semarak api perjuangan diteruskan walaupun berbaur dengan seribu keresahan. Akhirnya tarikh keramat 14 June 2009 yang dinantikan tiba jua. Penghuni KELOMPOK AMANAH terpaksa mengosongkan apartment , aku melangkah keluar dari post pakguard dengan langkahan kaki yang berat. Selamat tinggal AMANAH. Diharap 3 semester di AMANAH ini akan ku abadikan dalam hidupku. Semoga rakan-rakan seangkatan terutamnya

(dud,ecah,erwan,ehsan,aim,haikal,naz,lily,mia)

akan berjaya untuk meneruskan pelayaran di UNITEN ini untuk musim hadapan. Jumpa pada 5 July nanti rakan-rakan. Tirai semester ke-tiga ini dilabuhkan dengan tenang. Selamat tinggal KELOMPOK AMANAH.

bilik keramat penuh nostalgia

suasana amanah pada waktu malam

suasana amanah disiang hari

jalan yang aku sering lalui.

panorama masjid yang chunnn gile

p/s:tapi nx sem aku duduk aku dapat duduk amanah wei! hahaha. gile best!

14 comments:

hasliza h. said...

wah..bunga2 bahasa..gile puitis abg mat :P

fikri FAUZI said...

biase la kak liza.
kate orang seni.
;DD

. said...

mu org IT.
ahha..
my kor uniten mcm hampeh..
x sempat camping.
dh la part time lecturer..
brsbr ye..
heh

aminsahari said...

fik dpt dok amanah..
fik.. aku nak join skali..
huhu.. aku nak dok amanah gak..
lalala.. ;P

fakhruddin said...

tau jugak ko nak amek gambar masjid ek? pernah pergi tak? kah3

Anonymous said...

suasana masjid tuh seriously i likeee dr dulu until now still i likeee!!
cantikkk!!

fikri FAUZI said...

hahahaha.kesianj kau myro.

jom la amin.ape tak buleh pulak ;P

woit.kan aku dah ckp aku ni org masjid kot.! ish3.

nwy reeen.u pernah dtg masjid uniten ke?

ApizMabux said...

wah aku pnh join gk 1% aktivity d uniten !

fikri FAUZI said...

jom2.
;D

Haikal Ramlee said...

pergh..
rasa cam nangis plak.
teringat kenangan di amanah.
lagi2 bilik a5-04-04
=.=

fikri FAUZI said...

haikal.
kau jgn ckp cam tu.
aku lagi sedih ni
T_T
;P

afifahramli said...

haikal nangis?

hahahahaha

suke ea has abg mat puitis2..
agaga~

hasliza h. said...

woih ppah! hahaha.. diam2 ubi di terengganu..berisi juga yea ;P

afifahramli said...

ape igt terengganu byk keropok je ke?

ubi pon ade la..

durian pon byk..
hahhaa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...