Thursday, May 6, 2010

jalan2 cari makan

Listening to: All American Rejects - Womenizer
Playing: Texas Poker
Mood: Starving n waiting

terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi pusaka uniten ni bagi mengorak langkah memulakan "semester istimewa" aka "special semester". terasa seperti semalam aku membeli mee goreng sedap kedai said berdekatan rumah aku untuk dijadikan santapan dikala kelaparan. Terasa baru semalam aku packing barang dan mencari2 stoking yang rupanya terselit dibawah meja. Padahal nak dekat sebulan sem ni start. nx week mid term kot! Oo, cepatnya masa berlalu.

sebenarnya aku nak ajak korang makan kat will.I.am. lebih spesifik ianya terletak di latitud (123.42 , 234.45). iaitu di kelana jaya. kedai dia memang kalau tengok kandang lembu lagi chun. kot!tapi makanan dia sedap beb! harga pun boleh tahan la. dengan berbekalkan perut yang penuh dengan irama gendang yang dipalu.

"boss, order!!" taukay dia datang dengan berpakaian baju putih pagoda dan seluar tidur kotak2 pendek dan tergantung apron bunya2 kat lehernya. muka cina, tapi dia muslim ok. kire halal la makan kat situ "saya nak nasi chicken marryland, triple h, nasi gereng napolean, spegheti bolognise " act adeberapa lagi yg kami order, tapi nama menu sangat pelik dan susah untuk diingati. "air pulak kami nak pinkpanther, chocolate, kelapa laut longan,honey malt, avocado, peach" air pulak semua nak gelas2 sebesar2 jag. hamik kau! besar gedabak air dia.

makanan pun sampai, tapi semua tak habis makan sebab dah kenyang. mak pesan, "membazir itu saudara syaitan", kami taknak jadi saudara syaitan. "bang, ade polisterin tak? kami nak tapau". ahaha.

tapi makan dia "MANTAT BEB!!" eh silap, "MANTAP BEB!!"




tak sempat nak amik gambar yang lain sebab kodak filem dah habis.

p/s: latitud tu aku bantai je. ahahahaa

Thursday, April 29, 2010

kata siapa?? KATAKAU!!!

Listening: Alyah - Realiti Dewi
Mood: Hoomie
Activities: Download song and facebooking

"kata siapa??.. KATAKAUU!!" jerit reza & scha alyahya(bekas awek aku). dorang berdua ni host tuk program ni. sporting habis! macam mana korang tengok scha dalam cerita revolusi KL drift, macam tu la dia kat lua. SUMPAH kau hot beb! bile aku pejam mata je, muka kau mesti melintas dalam fikiran aku. oh kawan2, adakah aku telah diserang penyakit angau disebabkan scha.

sebenarnya che nak habaq, "mari-mari layan program baru ASTRO RIA (KATAKAU) bermula 16 jun hari sabtu.". memang mantap steday!! kau ade?? kau ade?? yang hadooo. ahahaha. jgn lupe tengok ye. ;D

nak dijadikan cerita la kan, masa recording program tu, aku sempat jumpa bekas awek ketiga aku , si julia zigler. sempat la camwhore dengan dia skit tuk lepas rindu. tapi nak buat macammana, taste die kat orang2 tua. so aku dumb dia. tersipu2 dia malam tu. yang mila pulak sibuk2 nak amik sign aku, aku pun dengan rasa rendah diri, aku bagi la sign kat dia. ahahahaha. ramai lagi artis malam tu, tomok, black, fizzfairuz, rizal(pelakon hotel mania) n etc.

tiba2 jam menunjukkan pukul 1019 pagi, kejap lagi ada class pkl 11. aku chow dlu la, nak mandi. selamat menonton.+

Sunday, April 25, 2010

ceritera baru layout baru

Listening to: Wali Band - Aku Sakit
Playing: FaceBook
Mood: Sleepy

"Kadangakala ku rasa bagai kau menghayati ku, kadangakala ku rasa macam lu tak hirau jemu, bla bla bla" handphone kesayangan aku berbunyi. jenuh aku meraba-raba. akhirnya jumpa kat bawah katil.

tertera unidentifed number kat phone aku tu, aku dah mula paranoid, adakah pembunuh bersiri yang call ataupun penyerang berani mati yang call aku. kemushkilan itu berakhir apabila aku tekan butang "receive call", ruparupanya member lama la. lu bikin gua paranoid je. tu la, siapa suruh tukar-tukar nombor.

"hello ekay, lama tak dengar cerita, hidup lagi kau ek?", aku jawab, "woi!!!kau la, asyik tukar2 nombor je, aku macam biasa la, sehat2 orang muda". tapi rasa nak je jawab, "boleh tahan bebal gak kau ek, kalau aku tak hidup macammana aku boleh angkat call kau tu". sembang2, tak sedar nak dekat sejam merepek. "banyak credit kau beb?" , "ala, member punya pasal tadehalla", ni buat aku terharu ade member macam ni. T_T

macam2 cerita dia bukak, "wei, kau tau tak ade sorang budak batch kita dlu, dah lupa kawan, lupa agama, jalan dia pun dah tak straight!!". masa tu aku dah "OMG, ye ke?macam tak percaya je?". tapi bia la dia dengan dunia dia, jangan kacau hidup aku sudah. bukan la nak lepas tangan, tapi dia dah pilih hidup macam tu, nak buat macammana kan.

tiba-tiba, "helll........ooooo, wei, kau .......... tak.......nii.." line terputus. mungkin sebab setelite terlanggar astronout kot tak pun piring ufo lalu sebelah setelite menyebabkan ganguan frekuansi.

"WOI!!PES JOM!!", jerit ehsan. "JOM2, tapi wait a minute, aku nak kencing dlu".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...